Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat mahu sokongan kerajaan hidupkan semula populariti sukan Tamiya

-

KUCHING: Peminat sukan Mini 4WD Tamiya berhasrat untuk mendapatka­n sokongan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan bagi menghidupk­an semula populariti sukan itu di negeri ini.

Menurut dua sahabat yang juga pengumpul koleksi Mini 4WD Tamiya Gideon Gino, 34, dan Melvin Ngumbang, 35, percaya sukan itu mampu menjana ekonomi untuk sektor pelanconga­n tempatan.

“Mini 4WD Tamiya atau lebih dikenali sebagai Tamiya diperkenal pada pertengaha­n 80-an di Jepun dan mulai dikenali di sini sekitar 1995.

“Akan tetapi ramai pengumpul koleksi Tamiya tidak mengetahui platform untuk menyertai acara-acara berkaitan sukan itu di sini,” ujarnya.

“Saya telah menyediaka­n kertas kerja utuk tujuan tersebut tetapi menunggu masa yang sesuai untuk memberikan­nya kepada pihak kementeria­n, jika kesampaian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tetapi menurut Melvin, adalah besar harapan mereka untuk melihat Tamiya dimainkan semula, diminati dan mempunyai prasarana bersesuaia­n untuk para pengumpul koleksi Tamiya.

Pada masa yang sama, mereka turut menyampaik­an hasrat untuk mendapat sokongan padu kerajaan negeri sekiranya pihaknya menganjurk­an kejohanan lebih besar melibatkan penyertaan dari negara luar.

Melaluinya, banyak pemain luar akan menyertai acara Tamiya yang banyak dimainkan di negara-negara barat seperti Jepun, Jerman, Itali dan sebagainya, sekali gus berupaya menjana ekonomi pelanconga­n kita, tegasnya lagi.

Sukan Tamiya baru-baru ini turut dimainkan dengan cara yang unik di Itali iaitu menggunaka­n ‘rollerblad­e’ dan kayu hoki, menjadikan­nya sukan rekreasi yang cukup unik dan menarik untuk dimainkan.

Melvin turut berharap undang-undang dapat digubal kerajaan negeri suatu hari nanti bagi membantu pemain dan pengumpul Tamiya bermain dengan baik dan selamat.

Di Kuching, Tamiya yang diminati sejak 1995 kemudian lebih sedekad lesap dan kembali popular pada 2011, di mana ia biasanya dimainkan pada acara persendiri­an, di pusat beli-belah, acara sekolah dan sebagainya.

Ramai beranggapa­n sukan ini mahal namun sebaliknya sebuah kereta asas ‘Mini 4 Drive’ boleh dimiliki pada harga RM50 hingga RM80 sebuah.

Bagaimanap­un, keluaran edisi istimewa atau terhad boleh mencecah sehingga RM800 sebuah, terutama kereta klasik yang dikeluarka­n suatu masa dahulu.

Manakala harga sebuah litar Tamiya antara RM200 hingga RM800 sebuah

Setiap Tamiya menggunaka­n dua bateri bersaiz AA, di mana asalnya ia mampu beroperasi dengan kelajuan sehingga 40 batu sejam dan setelah diubah suai boleh mencapai 80 batu sejam.

Kerja-kerja menambah baik Tamiya kadangkala memakan masa antara dua jam hingga beberapa minggu, di mana ia lebih stabil dan laju.

Setakat ini Gideon mempunyai hampir 200 koleksi, manakala Melvin mempunyai 20 koleksi Tamiya

Melvin pernah menjadi johan kejohanan Tamiya pada 2014 di Crowne Square dan baginya koleksi yang menjadi johan akan disimpan dan tidak akan dipertandi­ngkan lagi.

 ??  ?? MENAWAN: Koleksi Tamiya tercantik dan terpantas daripada koleksi kedua-dua rakan ini.
MENAWAN: Koleksi Tamiya tercantik dan terpantas daripada koleksi kedua-dua rakan ini.
 ??  ?? PEMINAT TEGAR: Gideon (kanan) dan Melvin menunjukka­n koleksi kegemaran masing-masing.
PEMINAT TEGAR: Gideon (kanan) dan Melvin menunjukka­n koleksi kegemaran masing-masing.
 ??  ?? KREATIF: Jenis enjin Tamiya untuk menjadikan­nya lebih laju.
KREATIF: Jenis enjin Tamiya untuk menjadikan­nya lebih laju.
 ??  ?? MENGAGUMKA­N: Tamiya dengan coral Tribal Sarawak milik Gideon.
MENGAGUMKA­N: Tamiya dengan coral Tribal Sarawak milik Gideon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia