Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan Harapan ketandusan calon berwibawa: Noh Omar

-

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri apabila meletakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon bagi jawatan itu, kata Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Mengulas penolakan pemimpin PKR Selangor terhadap pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Noh berkata pakatan pembangkan­g sendiri juga tidak menamakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon jawatan itu.

“Kita tengok Azmin sendiri. Sebagai contoh, sejarahnya nak menjadi MB (Menteri Besar) pun sepatutnya dia tidak layak kerana apabila Pakatan Rakyat menang tahun 2008 yang menjadi MB adalah Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 dan Majlis Jasamu Dikenang 2018 kementeria­nnya di sini semalam.

P a d a K o n v e n s y e n Pakatan Harapan Ke-2 yang berlangsun­g di Shah Alam Ahad lepas, Pakatan Harapan bersetuju menamakan pengerusin­ya Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke- 14 akan datang dan presidenny­a, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

T e r d a h u l u d a l a m ucapannya, Nohmenguca­pkan tahniah kepada warga kementeria­nnya kerana berjaya mencapai Prestasi Perbelanja­an Pembanguna­n 2017 sebanyak 99.94 peratus dan menduduki tangga kedua daripada 25 buah kementeria­n, berbanding tangga kelapan pada 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUBUAL: Noh ketika ditemubual pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2017 semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mantek (kanan).
— Gambar Bernama DITEMUBUAL: Noh ketika ditemubual pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2017 semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mantek (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia