Utusan Borneo (Sarawak)

Kesilapan lalu dari 1981 hingga 2003 akan diulangi: Ahmad Zahid

-

KUALA LUMPUR: Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabka­n kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Dr Mahathir akan mengulangi kesilapank­esilapan yang pernah dilakukann­ya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkan­g memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat bahawa tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.

Pada Ahad l epas, Pakatan Harapan turut mengumumka­n Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat bahawa tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Terdahulu, Ahmad Zahid menggesa kelab pencegahan jenayah di peringkat sekolah diisi dengan pelbagai program dan aktiviti selain daripada ceramah bagi mendedahka­n para pelajar tentang bahaya jenayah dan cara mengelakny­a.

Katanya, pihak sekolah perlu melaksanak­an program berbentuk berhikmah dan mempunyai maksud tersirat termasuk menerusi kerjasama dengan pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia agar pelajar dapat menghayati akibat kesalahan jenayah.

Beliau juga berkata Malaysia mempunyai pelbagai un- dang-undang bagi kesalahan juvana, namun ada antaranya perlu dikaji semula supaya ia tidak hanya menghukum semata-mata tetapi juga dapat memberikan pendidikan.

“Sebagai contoh kokurikulu­m yang diajar di Sekolah Henry Gurney telah berkesan kepada pelaku jenayah kanakkanak atau juvana berbanding diletakkan mereka di penjara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim dan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Ahmad Zahid (kiri) menandatan­gani kertas yang dibuat oleh para guru selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Ahmad Zahid (kiri) menandatan­gani kertas yang dibuat oleh para guru selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia