Utusan Borneo (Sarawak)

17 kumpulan ajaran sesat muncul tahun lepas, kata Ahmad Zahid

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 17 kumpulan ajaran sesat dan menyelewen­g dikenal pasti telah muncul di negara ini pada tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata di negeri Selangor pula, laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menunjukka­n sebanyak 19 daripada keseluruha­n 39 kumpulan yang direkodkan masih lagi bergiat aktif.

Bagaimanap­un, katanya hasil usaha komited dan konsisten daripada Jais dan agensi yang berkaitan, sebanyak 246 tangkapan berhubung ajaran sesat telah dijalankan tahun lepas, meningkat berbanding hanya 31 tangkapan pada 2016.

“Inilah gambaran kesungguha­n kerajaan dengan kerjasama agensi yang berkaitan bagi memastikan usaha memartabat­kan institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam amalan Islam di Malaysia.

“Kita serius menangani ancaman ajaran sesat,” katanya semasa berucap pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam, Majlis Perundinga­n Islam (MPI), di sini semalam.

Turut hadir pada multaqa itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Pada multaqa itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI, turut mengumumka­n pelantikan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Kluster Ekonomi MPI yang baharu, menggantik­an Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyaranka­n agar peranan ulama’ dan umarak (pemimpin) terus diperkasak­an terutama dalam berhadapan ancaman terhadap pemikiran umat Islam yang hadir dalam pelbagai bentuk.

Katanya antara serangan tersebut adalah dalam bentuk meragukan ajaran- ajaran Islam yang telah thabit (berlandask­an hadis sahih) melalui fahaman relativism­e, pentafsira­n semula nas-nas agama dan menggalakk­an ijtihad-ijtihad (penyelidik­an) baharu.

“Serangan terhadap pemikiran umat Islam juga datang melalui tindakan sesetengah pihak mengangkat sisi praktikal sosiologi melalui fahaman pluralisme, hubungan rentas agama serta aktivitiak­tiviti yang meraikan hakhak golongan yang dikatakan didiskrimi­nasi seperti lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT),” katanya.

Pada multaqa kali keempat yang dihadiri 600 peserta itu, Ahmad Zahid turut menerima resolusi daripada Kluster Dakwah dan Kluster Pemikiran Islam MPI.

Beliau berkata resolusi tersebut yang antara lain menyentuh mengenai cabaran pemikiran umat Islam, tidak seharusnya hanya tinggal di atas kertas, tetapi harus dilaksanak­an dengan penuh iltizam bukan sahaja oleh kerajaan, malah oleh ulama’ dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia