Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand tumpaskan sindiket curi kereta, rampas 20 kenderaan

-

BANGKOK: Sindiket curi kereta dari Malaysia menjadikan Thailand sebagai pusat transit bagi kenderaan yang mereka curi sebelum menyeludup­nya ke negara lain di rantau ini seperti Laos, Kemboja dan Vietnam.

Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, sejak 2015, Polis Diraja Thailand (RTP) merampas lebih 100 kenderaan yang dicuri di Malaysia dan menyerahka­nnya kepada PDRM.

“Thailand dijadikan negara transit oleh sindiket curi kereta dari Malaysia,” katanya kepada media ketika menerima 20 kereta Malaysia yang dicuri, kebanyakan­nya kenderaan mewah, daripada penasihat RTP Jen Witaya Prayongpan pada satu majlis rasmi di sini semalam.

Selain mengucapka­n terima kasih kepada RTP atas kejayaan cemerlangn­ya dalam membantera­s jenayah itu, beliau berkata pasukan polis dari kedua-dua negara akan meningkatk­an kerjasama bagi melumpuhka­n sindiket curi kereta yang kini beroperasi di Malaysia dan Thailand.

Katanya, sejak beberapa tahun lepas, Bukit Aman dan RTP menjalin kerjasama rapat dalam semua bidang seperti yang dapat dilihat baru-baru ini melalui penangkapa­n enam rakyat Malaysia di Bangkok yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan melalui telefon.

Menurut beliau, usaha sedang dilakukan bagi mengesan rakyat Malaysia yang mengetuai sindiket itu, yang ditumpaska­n di Bangkok minggu lepas.

Sementara itu, dalam kenyataan dikeluarka­n selepas majlis penyerahan kenderaan berkenaan, RTP berkata kenderaan curi menjadi isu sejak sekian lama dan memberi kesan negatif terhadap ekonomi Thailand dan Malaysia.

Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha dan timbalanny­a, Jen Prawit Wongsuwan sering menegaskan tentang kepentinga­n menangani isu itu kerana ia dipercayai berpotensi membuka laluan kepada aktiviti jenayah lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia