Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan ikat anak pada tong gas kekal pengakuan tidak bersalah

-

KUANTAN: Sepasang suami isteri yang dituduh melakukan penganiaya­an terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 5 Okt tahun lepas, mengekalka­n pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Unaizah Mohd menetapkan 12 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehka­n pihak pembelaan menghantar representa­si dan laporan perubatan kepada pihak mahkamah.

Tertuduh Mohd Farid Fikri Mohamad, 32, dan isterinya Fatimah Muhammad Zain, 37, sebelum itu didakwa atas dua pertuduhan menganiaya mangsa berusia 10 tahun dengan cara merantainy­a di bahagian leher pada sebuah tong gas dan membiarkan mangsa tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan serta pemelihara­an yang berpatutan.

Pertuduhan pertama didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31( 1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanakkanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah telah menetapkan semalam sebagai tarikh untuk penyerahan dokumen dan laporan perubatan.

Bagaimanap­un, tertuduh menerusi peguamnya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin meminta agar tempoh itu dilanjutka­n berikutan anak sulung mereka yang baharu sahaja meninggal dunia akibat banjir pada Khamis lepas.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim.

Turut kelihatan berada di kamar mahkamah ialah mangsa, ayah kandung dan neneknya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia