Utusan Borneo (Sarawak)

G25 mendapat kebenaran cabar pengharama­n buku

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan 25 (G25) berjaya memperoleh­i kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar pengharama­n buku bertajuk ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation- Islam in a Constituti­onal Democracy’.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili lima pemohon daripada G25 berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said memberikan kebenaran itu semasa kes berkenaan disebut di hadapannya.

Malik Imtiaz yang ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar hakim itu juga memberitah­u bahawa pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan dan Suzana Atan tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan kebenaran yang difailkan pemohon.

Katanya mahkamah menetapkan 23 Januari untuk pengurusan kes berkenaan.

Kesemua pemohon iaitu jurucakap G25 Datuk Noor Farida Mohd Ariffin, 72, Datuk Zainuddeen Abdul Bahari, 74, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kessim, 79, Datuk Latifah Osman Merican, 68, dan Dr Asma Abdullah, 70, memfailkan semakan kehakiman itu pada Oktober 2017, dan menamakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai responden tunggal.

Mereka memohon suatu perintah certiorari mengikut Aturan 53, Kaedah 8( 2), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memasukkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) yang dibuat oleh responden sebagai Menteri Dalam Negeri bertarikh 27 Julai 2017 ke dalam Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan dengan serta merta.

Buku itu yang diterbitka­n pada Dis 2015 diwartakan sebagai ‘ haram’ oleh Kementeria­n Dalam Negeri pada 27 Julai 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia