Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai tidak tahu lokasi tapak sementara Pasar Malam Saberkas Miri

-

MIRI: Penjaja Pasar Malam Saberkas Miri mendakwa jualan mereka jatuh merundum selepas berpindah di tapak sementara di belakang bangunan komersial di situ.

Ehshan Jawi, salah seorang penjaja terbabit berkata, ramai pengunjung pasar malam itu tidak menyedari penjaja di situ telah berpindah ke tapak sementara itu.

“Kita masih berniaga di sini iaitu di kawasan parkir belakang bangunan komersial tidak jauh dari tapak tetap,” katanya di sini semalam.

Ehshan berkata, penjaja dipindahka­n ke tapak sementara bagi memberi ruang untuk pembinaan bumbung lebih kukuh di tapak tetap.

“Sejak beberapa minggu lalu, jualan makan dan minuman kita menurun kerana pengunjung tidak menyedari kita beroperasi di tapak sementara,” jelasnya.

Bahkan katanya, pengunjung juga tidak ramai berkunjung ke situ setelah melihat kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanak­an.

Seorang lagi penjaja Safri Majmu berkata, jualannya juga menerima tempias sama ekoran ketiadaan pengunjung sejak berpindah ke tapak baharu.

Meskipun masih beroperasi setiap Khamis hingga Sabtu, jumlah pengunjung tidak ramai jika diberbandi­ngkan berniaga di tapak tetap.

“Kita berharap jualan kita akan kembali normal sebaik sahaja projek pembinaan bumbung lebih kukuh di tapak asal dan pengunjung kembali ramai,” jelasnya.

Menurutnya, ramai penjaja mengeluh kerana hasil jualan mereka tidak memberangs­angkan malah turut mengalami kerugian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia