Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas anak kapal KD Sri Rejang bertemu semula

-

SIBU: Seramai 123 bekas anak kapal KD Sri Rejang (KDSR) serta ahli keluarga mereka berada di sini sejak kelmarin hingga 11 Januari ini bagi menghadiri majlis perjumpaan semula.

Rombongan bekas anak kapal KDSR itu yang diketuai Datuk Rosli Yob, turut datang dari seluruh Semenanjun­g Malaysia.

Sehubungan itu, majlis makan malam perjumpaan bagi meraikan semua bekas anak kapal KDSR serta ahli keluarga mereka telah diadakan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Menurut Rosli, sejarah KDSR bermula daripada 1964 semasa zaman konfrontas­i, apabila mereka memberikan bantuan logistik kepada ang- katan tentera darat melalui jalan sungai.

Selepas tamat konfrontas­i katanya, KDSR membantu memerangi pihak komunis di kawasan tengah Sarawak, khususnya Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU).

Pada awal operasi KDSR dalam 1964 menurut Rosli, kapal tersebut yang amat digeruni pihak musuh telah berpangkal­an di Simpang Tiga, iaitu antara Kampung Hilir dan Kampung Nangka.

“Selepas 1976, operasinya dipindahka­n ke Kem Sri Rejang, Sungai Antu sehingga khidmatnya berakhir pada 1991 dengan tamatnya ancaman komunis pada 1989,” jelasnya.

Kem Sri Rejang ditutup tanggal 3 November, 1991 dan diambil alih tentera darat dan dijadikan Kem 510 Askar Wataniah.

Semasa khidmatnya, kawasan operasi KDSR meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Song, Durin, Sarikei dan Bintangor.

Menurut Rosli lagi, sedikit sebanyak sejarah atau peninggala­n KDSR kini boleh dilihat di Muzium Maritim di Melaka.

Menyentuh mengenai majlis perjumpaan itu, Rosli berkata, ia berjaya menemukan semula rakan-rakan seperjuang­an yang telah terputus hubungan sejak menamatkan perkhidmat­an.

Beliau turut mencadangk­an perjumpaan semula bekas anak-anak kapal KDSR dibuat dua tahun sekali den- gan perjumpaan seterusnya di Lumut, Perak pada 2020.

Ketika berada di sini, bekas anak kapal KDSR serta ahli keluarga mereka dibawa melawat bekas Kem Sri Rejang atau kini dikenali sebagai Kem 501 AW.

Hadir sama pada majlis ialah bekas Pegawai Memerintah KDSR Tajudin Yahya, Presiden Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia Onn Yassin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia ( JHEV ATM) Leftenan Kolonel Dunging Serit, Penolongny­a Kapten Farizal Hassim, wakil Tentera Laut Diraja Malaysia Kuching Leftenan Komander Ryandal Anderian Andreas serta pengerusi pengelola majlis Ayub Napi.

 ??  ?? KENANGAN: Rosli (enam kanan) bersama ahli jawatankua­sa pengelola majlis perjumpaan semula bekas anak kapal KD Sri Rejang.
KENANGAN: Rosli (enam kanan) bersama ahli jawatankua­sa pengelola majlis perjumpaan semula bekas anak kapal KD Sri Rejang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia