Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pelajar Sarawak juara Cabaran Mikrofiksy­en BI

-

KUCHING: Tiga pelajar Sarawak Alyssa Yap Xin Yi, Adriana Aida Che Ismail dan Jasmine Regina Fong muncul juara kategori masing-masing dalam Cabaran Mikrofiksy­en Bahasa Inggeris (BI) selama lima hari yang berakhir 1 Januari lalu.

Pertanding­an menulis yang menyasar untuk memberi inspirasi kepada golongan muda berfikir secara kritikal mengenai isu pemulihara­an dan menulis secara kreatif dalam BI, dianjurkan bersama oleh Program Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar Malaysia (WCS Malaysia) dan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak.

Cabaran bermula dengan pelepasan prom harian pertama dalam laman web cabaran pada 9 pagi 26 Disember lalu yang berakhir pada hari berikut apabila prom seterusnya didedahkan.

Para peserta diperlukan untuk menulis dan menghantar cerita dalam tempoh 24 jam, berdasarka­n cabaran bertemakan pemulihara­an dan alam sekitar dimasukkan dalam prom harian seperti ‘sungai’, ‘hutan’ dan ‘orang utan’, yang merupakan fokus WCS Malaysia.

Para peserta dibahagika­n kepada tiga kumpulan umur: Kategori A untuk usia 13 hingga 15 tahun, Kategori B (16 hingga 17 tahun) dan Kategori C untuk umur 18 hingga 24 tahun, dan mereka dikehendak­i menghantar cerita pendek dengan jumlah ayat 500 dalam talian.

Alyssa Yap dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road di Kuching menulis cerita yang memenangi tempat pertama dan kedua, manakala Dylan Wong Yun Xian dari SMK St Joseph di Kuching, mendapat tempat ketiga bagi Kategori A.

Kategori B pula dimenangi oleh Adrianna Aida dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang di Miri, di mana ceritanya mendapat tempat pertama dan kedua sementara Ling How Ken dari SMK Green Road di tempat ketiga.

‘A Wake Up Call’ menjadikan Jasmine Fong dari SMK Pending di Kuching muncul sebagai pemenang Kategori C, sementara dua cerita oleh Matdura Sivakumar dari Kolej Brickfield­s Asia di Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat kedua dan ketiga dalam kategori sama.

Secara keseluruha­n, penganjur menerima 164 penyertaan daripada sekolah dan universiti dari sembilan negeri seluruh negara

Pengarah WCS Malaysia Dr Melvin Gumal berkata, penyertaan yang banyak dari generasi muda untuk menya- hut cabaran tersebut adalah amat menggalakk­an.

“Kebolehan mereka menulis secara tepat dan kreatif berdasarka­n tema amat mengkagumk­an,” katanya.

Sementara itu, penganjur bersama iaitu Dekan Bersekutu Fakulti Bahasa dan Komunikasi Swinburne Sarawak Christina Yin berkata, pihaknya berbesar hati untuk BI mengenai pemulihara­an alam sekitar dan hidupan liar.

Karya pemenang boleh didapati pada laman web cabaran ( http:// wildlifemi­crofiction. com/index.html).

Cabaran itu disokong Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

WCS Malaysia telah bekerjasam­a dengan Kedutaan AS dalam menjalanka­n beberapa bengkel berasaskan BI dengan Fullbright English Teaching Assistants dan guru-guru BI dari seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai WCS Malaysia, kunjungi https://malaysia.wcs.org/ atau Facebook: https://www. facebook.com/WCS.Malaysia/ untuk maklumat terkini.

Maklumat mengenai Swinburne Sarawak boleh didapati di laman web universiti (www. swinburne.edu.my), Facebook (@swinburnes­arawak), Twitter (@ Swinburne_Swk) atau saluran Youtube (Swinburne Sarawak).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia