Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa bermotosik­al diekori sebelum diragut ketika berhenti atau dalam keadaan perlahan

-

KANGAR: Polis memberkas seorang penagih dadah yang baharu dibebaskan dari penjara bulan lepas kerana meragut enam penunggang motosikal wanita dalam masa sehari di Padang Besar, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, lelaki berumur 25 tahun itu yang menjalani hukuman penjara selama setahun akibat kesalahan dadah, diberkas di Pengkalan Asam di sini.

“Penagih terbabit melakukan kegiatan jenayahnya seorang diri dengan menunggang motosikal yang dipinjam dan mangsa pertamanya seorang jururawat yang diragut beg tangan yang diletak di dalam raga motosikal semasa menunggang ke tempat kerja kira-kira jam 7.20 pagi.

“Mangsa keenamnya ialah seorang jurujual kedai buku diragut kira-kira jam 2.10 petang namun semua mangsa yang berumur 17 hingga 39 tahun itu tidak mengalami kecederaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azisman berkata, penagih tersebut akan mengekori mangsa-mangsanya dan meragut beg tangan mereka semasa berhenti di lampu isyarat atau semasa dalam keadaan perlahan untuk berhenti sebelum memecut lari.

“Anggota polis yang mengecam nombor motosikal penagih itu semasa tersempak di Pengkalan Asam kira-kira jam 7 malam keesokanny­a berjaya memberkas beliau,” katanya dan menambah jumlah wang tunai dan beberapa telefon bimbit yang diragut semuanya bernilai kira-kira RM1,300.

Menurut Azisman, ujian air kencing yang dibuat mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methamphet­amine dan suspek juga mempunyai lima kes jenayah lampau, ditahan reman sehingga 13 Januari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kes lain, polis Perlis memburu Mohd Fadzri Isnu Fadzil, 25, yang dipercayai suspek utama kes pecah rumah seorang guru wanita di Padang Melangit, Beseri, dekat sini pada 4 Januari lepas.

Guru wanita berumur 34 tahun itu kehilangan barangbara­ng kemas dianggarka­n bernilai RM12,000.

Tiga suspek iaitu seorang wanita berumur 50 tahun dan anak lelakinya berusia 17 tahun serta rakan mereka berumur 29 tahun berjaya diberkas polis di Chuping Sabtu lepas dan sebahagian barang kemas tersebut ditemui semula, kata Azisman.

Azisman berkata alamat terakhir Mohd Fadzri ialah Kampung Titi Tampang, Jalan Kilang Gula, Chuping dan beliau berharap orang ramai yang mengetahui­kedudukanl­elakiitu supaya meyalurkan maklumat kepada polis di balai berhampira­n mereka. — Bernama

Mangsa keenamnya ialah seorang jurujual kedai buku diragut kira-kira jam 2.10 petang namun semua mangsa yang berumur 17 hingga 39 tahun itu tidak mengalami kecederaan. Datuk Azisman Alias Ketua Polis Perlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia