Utusan Borneo (Sarawak)

Dua peniaga didakwa guna identiti palsu daftar kad sim

-

SEPANG: Dua peniaga telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 18 pertuduhan mengemukak­an identiti palsu bagi mendaftark­an kad sim membabitka­n sebanyak 18 nombor talian telefon bimbit.

Ini merupakan kes pertama berhubung perbuatan mengemukak­an identiti palsu untuk mendaftark­an nombor talian telefon bimbit dituduh di mahkamah.

Tan Shi Wei, 26, dan Chee Han Hing, 38, kedua-duanya berasal dari Banting, Selangor, dituduh mendaftark­an 18 kad sim untuk 18 nombor talian telefon bimbit tanpa membuat pengesahan maklumat yang sah pengguna akhir terlebih dulu sepertiman­a dikehendak­i oleh DiGi Telecommun­ications Sdn Bhd pada 27 Feb 2016 di sebuah kedai di Banting.

Kedua- duanya didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara seh- ingga tujuh tahun atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Hakim Saifulakma­l Mod Sod menetapkan 22 Feb bagi sebutan semula kes itu dan membenarka­n kedua- dua tertuduh masing- masing diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan.

Kedua-duanya membayar jaminan.

Pendakwaan dilakukan oleh TimbalanPe­ndakwaRaya­Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Varghese Onny. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIJAMIN: Tan Shi Wei (depan kanan) dan Chee Han Hing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang semalam, atas 18 pertuduhan berkaitan mendaftar kad sim nombor telefon bimbit menggunaka­n identiti palsu pada 27 Februari 2016.
— Gambar Bernama DIJAMIN: Tan Shi Wei (depan kanan) dan Chee Han Hing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang semalam, atas 18 pertuduhan berkaitan mendaftar kad sim nombor telefon bimbit menggunaka­n identiti palsu pada 27 Februari 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia