Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki rompak dan cedera penyelia parkir wanita dipenjara, disebat

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penghantar surat dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang semalam kerana menumbuk pipi dan menyepak paha seorang wanita semasa merompak telefon bimbit mangsa.

Hakim Azrul Darus menjatuhka­n hukuman itu ke atas Wan Ahmad Kamil Wan Daud, 37, selepas tertuduh menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada hari ketiga perbicaraa­n dan memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 5 September 2017.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangk­an cedera semasa melakukan rompakan terhadap Koo Kah Lai, 29, yang juga penyelia parkir Zoo Negara sehingga menyebabka­n mangsa kerugian sebuah telefon bimbit bernilai RM1,000.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di kawasan tempat letak kereta hadapan bangunan FINAS, Taman Melawati, Ampang Jaya di sini pada 11.30 pagi, 3 September 2017 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat atau denda.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika berada di pondok tempat letak kereta Zoo Negara mangsa ternampak tertuduh yang memakai baju keselamata­n berada di luar kawasan tempat letak kereta FINAS dan sedang menga- rahkan seseorang memarkir kereta di kawasan FINAS.

Pengadu kemudianny­a memberitah­u tertuduh bahawa perbuatan itu adalah salah dan mahu membuat laporan kepada FINAS namun dimarahi tertuduh dan diminta untuk tidak campur tangan.

Mangsa yang berang mahu merakam gambar tertuduh tetapi sebelum sempat gambar dirakam, tertuduh telah merampas telefon bimbit mangsa dan menumbukny­a pada pipi sehingga terjatuh sebelum menyepak paha mangsa dan terus melarikan diri bersama telefon bimbit itu.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara tiga anak dan isteri yang tidak bekerja kerana menghidap penyakit saraf.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat mengambil kira faktor keganasan dilakukan tertuduh dalam kejadian itu sehingga mangsa mengalami kecederaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia