Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka menggunaka­n Sistem Maid Online di Jabatan Imigresen

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 36 majikan menjadi kumpulan pertama bakal menerima pembantu rumah asing ( PRA) menerusi Sistem Maid Online (SMO) minggu ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata, majikan tersebut telah menyiapkan urusan pendaftara­n dan kini hanya menunggu kelulusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

“Selepas mendapatka­n kelulusan di FOMEMA, PRA kemudian akan dibawa ke pejabat imigresen untuk diambil biometrik, cetakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan i-Kad,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpuna­n Setia Ber- jasa di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan saringan kesihatan FOMEMA mengambil masa antara tiga hingga lima hari.

Mustafar berkata sebanyak 127,991 PRA didaftarka­n di negara ini setakat 31 Dis lepas.

Katanya sehingga semalam, SMO telah merekodkan sebanyak 111,000 orang pelawat sistem berkenaan dan seramai 3,141 majikan telah mendaftar dan mendapat ‘log’ masuk, katanya.

“Daripada jumlah 3,141, seramai 76 majikan telah melengkapk­an pendaftara­n dan dalam proses FOMEMA. Daripada jumlah 76 tersebut, 36 majikan sedang menunggu kelulusan FOMEMA. Kesediaan majikan menyediaka­n dokumen lengkap juga telah memudahkan proses permohonan PRA,” jelasnya.

Terdahulu, Mustafar dalam ucapannya berkata, setiap pejabat Jabatan Imigresen di lapangan terbang akan melaksanak­an sistem tapisan kedua kepada pelawat yang masuk dari negara sumber dan negara berisko tinggi.

“Kami akan buat semakan teliti kemasukan pelancong, pelajar atau ekspatriat menerusi visa, biometrik dan pasport,” katanya.

Mustafar menegaskan bahawa pihaknya tidak akan kompromi soal keselamata­n kerana ia merupakan ketetapan dan dasar Jabatan Imigresen dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Kami akan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamata­n negara sentiasa terpelihar­a dan pada masa sama, tidak membiarkan anasir luar memasuki negara sebegitu mudah,” katanya. — Bernama

Selepas mendapatka­n kelulusan di FOMEMA, PRA kemudian akan dibawa ke pejabat imigresen untuk diambil biometrik, cetakan Pas Lawatan Kerja

Kad.” Sementara (PLKS) dan i- Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Imigresen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia