Utusan Borneo (Sarawak)

‘Projek Pelangi Asnaf Untuk Asnaf’ sasar 15,000 pakaian

-

KUALA LUMPUR: Bagi membantu golongan yang memerlukan di negara ini, anak-anak yatim dan asnaf yang bernaung di bawah Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) telah tampil dengan projek menghasilk­an pakaian buat golongan itu.

Menerusi ‘Projek Pelangi Dari Asnaf Untuk Asnaf’, mereka menyasarka­n untuk menghasilk­an 15,000 helai pakaian untuk disampaika­n kepada golongan memerlukan itu tahun ini.

Pengasas Bersama RPWP Saiful Nang berkata, projek itu membuka peluang kepada anak-anak yatim dan asnaf untuk menjana pendapatan dengan mengusahak­an jahitan pakaian khususnya baju dan keperluan hari perayaan.

“Projek ini kita hasilkan daripada anak-anak yatim dan asnaf yang dijaga (di RPWP) untuk menjana ekonomi dengan mengadakan perusahaan jahitan seperti buat baju untuk lelaki dan tudung untuk wanita.

“Dalam masa sama, mereka dapat menghulurk­an bantuan dan sumbangan kepada golongan anak yatim dan asnaf di luar sana yang kurang bernasib baik. Kita anggar lebih 15,000 anak yatim dan asnaf tidak dapat baju raya baharu pada setiap tahun,” katanya ketika menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini semalam.

Bagi merealisas­ikan usaha itu, katanya anak-anak yatim dan asnaf itu mewujudkan laman sesawang Projek Pelangi bagi Projek Baju Raya 2018 yang menyediaka­n ruang untuk membeli pakaian raya dan memberi sumbangan secara dalam talian.

Menerusi laman sesawang itu, 600 helai baju dihasilkan dan dijual serta disampaika­n sendiri yatim dan asnaf RPWP pada tahun pertama projek itu iaitu 2006 dan meningkat kepada 1,128 pada 2017.

Saiful yang juga usahawan dan jurugambar perkahwina­n itu berkata projek seperti itu turut dapat menonjolka­n kebolehan dan kewibawaan golongan anak yatim dan asnaf yang mampu berdikari memperoleh pendapatan sendiri selain membantu pihak lain.

“Di RPWP, kita komuniti kebajikan yang bukan meminta- minta. Kita ada usaha untuk melibatkan anak yatim dalam projek pelangi ini walau mereka sendiri tahu mereka adalah golongan yang wajar dibantu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAHU TINDAKAN: P Kamalanath­an (kiri) menyerahka­n laporan kepada Zulkarnain (tengah) dan Mohd Shafie di SKMM semalam.
— Gambar Bernama MAHU TINDAKAN: P Kamalanath­an (kiri) menyerahka­n laporan kepada Zulkarnain (tengah) dan Mohd Shafie di SKMM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia