Utusan Borneo (Sarawak)

Seolah-olah membelakan­gkan undang-undang dan Perlembaga­an

-

KUALA LUMPUR: Keputusan Pakatan Harapan meletakkan Ketua Umum Pakatan Harapan yang kini dipenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah satu tindakan yang amat memalukan negara, kata veteran politik Datuk Ibrahim Ali.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pihak pembangkan­g seolah- olah membelakan­gkan undangunda­ng dan Perlembaga­an negara serta kedaulatan Yang di- Pertuan Agong apabila membuat keputusan sedemikian, apatah lagi dengan yakin mengumumka­n Anwar untuk mendapat pengampuna­n diraja.

“Ia benar-benar satu penghinaan bagi saya, sebab apakah PRU yang kalut ini, akhirnya nak menobatkan bekas banduan sebagai perdana menteri. Adakah ini matlamatny­a?

“Di Malaysia luar biasa, banduan belum keluar penjara dinamakan Perdana Menteri. Malaysia Boleh,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Kelmarin, pakatan DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti AmanahNega­ra(AMANAH), menerusi ‘Muafakat Pakatan Harapan’, menyatakan iltizam mendapatka­n pengampuna­n diraja untuk Anwar sebaik mengambil alih pentadbira­n negara.

Langkah itu bagi membolehka­n Anwar yang akan dibebaskan pada 8 Jun depan, dapat segera berperanan dalam kerajaan Persekutua­n dan kemudian diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perkara 48 Perlembaga­an Persekutua­n jelas menyatakan bahawa, seseorang akan hilang kelayakan bertanding PRU sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampuna­n.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau pelik melihat calon Pakatan Harapan, seolah- olah mereka tidak mempunyai pilihan lain.

“Akhirnya tiga beranak memerintah, Anwar, isteri dan mungkin nanti anak dia dalam Kabinet.

“Jadi Malaysia ini kepunyaan Anwar Ibrahim seolah-olah tak ada pemimpin lain yang berupaya dan berwibawa,” katanya dan menambah bahawa kenyataann­ya bagaimanap­un tidak bersifat peribadi, tetapi menegakkan fakta.

Ibrahim, yang juga Presiden Perkasa, berkata melihat kepada perkara berkenaan, beliau tidak hairan sekiranya Pakatan Harapan memerintah negara mereka boleh membuat apa sahaja.

Beliau turut mempersoal pengumuman Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri interim Pakatan Harapan hanya untuk sekitar enam ke 12 bulan, yang dianggapny­a tidak relevan sebagai tempoh memerintah sesebuah negara.

“Sakit kaki pun kadang-kadang nak sembuh dua tahun, ini nak memerintah negara enam bulan ke 12 bulan, apa yang dia boleh buat,” tambahnya. — Bernama

Di Malaysia luar biasa, banduan belum keluar penjara dinamakan Perdana Menteri. Malaysia Boleh. Datuk Ibrahim Ali Veteran politik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia