Utusan Borneo (Sarawak)

Fitnah: Abdul Rahman tuntut Rafizi terbit permohonan maaf

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah mengemukak­an surat tuntutan kepada Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) Rafizi Ramli untuk menerbitka­n permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

Abdul Rahman berkata surat tuntutan terhadap Rafizi bertarikh 5 Januari 2018 dikeluarka­n menerusi peguamnya, Tetuan Raja Riza & Associates, adalah berhubung kenyataan palsu dan tidak benar terhadapny­a berhubung pemberian kontrak Ekspo Negaraku 2017.

“Surat tuntutan tersebut antara lain menuntut Rafizi menarik balik kenyataan tersebut dan menerbitka­n permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahman berkata, tempoh surat tuntutan itu masih belum matang.

Sekiranya Rafizi gagal mematuhi surat tuntutan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau akan mengarahka­n peguamcara­nya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.

Abdul Rahman berkata, serahan ke diri pada hari berkenaan gagal berikutan Rafizi tiada di pejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

“Cubaan serahan ke diri (Rafizi) buat kali kedua dilakukan semalam (8 Januari) di alamat yang sama namun, Rafizi masih tiada di pejabatnya.

“Oleh yang demikian, surat tuntutan tersebut telah diterima oleh Mohd Shariffudi­n dipercayai kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen Pandan,” katanya.

Rafizi sebelum i ni mendakwa kontrak Ekspo Negaraku diberikan kepada syarikat yang didakwa milik abang Abdul Rahman iaitu Raslan Dahlan, menyebabka­n Abdul Rahman bertindak mahu mengambil tindakan undang- undang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia