Utusan Borneo (Sarawak)

Brighton sentak Palace 2-1, ke pusingan ke-4 Piala FA

-

BRIGHTON: Pemain gantian Glenn Murray membantu Brighton and Hove Albion merampas kemenangan 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA ke atas Crystal Palace kelmarin ketika teknologi video digunakan buat pertama kali di i England.

Ia adalah kali pertama sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) digunakan dalam bola sepak Inggeris untuk satu percubaan sekali, tetapi tidak diperlukan untuk membatalka­n sebarang keputusan yang dibuat oleh pengadil Andre Marriner di Stadium um Amex.

Bagaimanap­un kekeliruan berlaku mengenai gol kemenangan pada minit ke-87 apabila Murray, bekas penyerang Palace, menolak masuk gol kemenangan dengan lututnya ekoran tendangan percuma untuk menjaringk­an gol ketu- juhnya pada musim ini.

Pemain Palace membuat bantahan kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan bahawa bola menyentuh lengan Murray selepas lututnya, tetapi tayangan ulangan menu menunjukka­n keputus san yang betul telah dibuat.

Terdahulu pemain tengah Dale Stephens meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke- 25 dengan meledakkan rembatan menerusi Wayne Hennessey di tiang dekat penjaga gol Palace itu.

P e n y e r a n g M Mali Bakary Sako, yang memulakan perlawanan buat kali keempat pada musim ini, merembat masuk gol penyamaan yang cantik untuk Palace pada pertengaha­n babak kedua dari jarak jauh untuk melengkapk­an persembaha­n individu yang cemerlang. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia