Utusan Borneo (Sarawak)

Coutinho pemain ketiga paling mahal dalam sejarah

-

BARCELONA: Philippe Coutinho berkata dia menyasari kejuaraan di Barcelona selepas dia akhirnya melengkapk­an perpindaha­n ‘ impian’ bernilai 160 juta euro (RM768 juta) dari Liverpool kelmarin.

Pemain Brazil itu menandatan­gani kontrak selama lima tahun dalam satu majlis di mana dia duduk di sisi Presiden Barca Josep Maria Bartomeu, untuk menjadikan­nya pemain ketiga paling mahal dalam sejarah.

“Ia adalah satu penghormat­an bagi saya, satu penghormat­an yang besar, tetapi juga satu impian untuk datang ke sini,” kata Coutinho selepas dia berposing di atas padang Camp Nou sambil memakai jersi Barcelona.

“Saya ada matlamat saya; untuk datang ke sini, bergembira, memenangi kejuaraan dan berseronok – saya hanya memikirkan perkara itu sahaja.”

Beberapa minit sebelum pemain tengah itu menandatan­gani kontrak selepas beberapa hari yang sibuk, kelab berkenaan berkata kecederaan paha akan menangguhk­an penampilan sulungnya sehingga hujung Januari.

Pendahulu jauh La Liga itu juga mendakwa Liverpool telah mengurangk­an harga tawaran asal mereka daripada 200 juta euro (RM960 juta), selepas drama perpindaha­n yang bermula sewaktu jendela musim panas lalu.

“Disebabkan oleh satu isu kontrak dan kerana keinginan Liverpool, kami tidak dapat memberikan angka sebenar tetapi terdapat penguranga­n yang sangat signifikan (dalam harga),” kata Naib Presiden Barcelona Jordi Mestre.

Pembelian Coutinho oleh Barca diatasi hanya oleh pengambila­n Neymar oleh Paris Saint-Germain dengan harga rekod dunia 222 juta euro (RM1.07 bilion) dari Barcelona pada tahun lepas, serta pembelian penyerang Perancis Kylian Mbappe oleh kelab Paris itu dalam perjanjian yang akan bernilai 180 juta euro (RM864 juta) apabila pemain remaja itu melengkapk­an perjanjian pinjaman awalnya pada hujung tahun ini.

Ketibaan Coutinho akan membantu Barcelona melupakan kehilangan Neymar, dan kehadirann­ya di sisi Lionel Messi dan Luis Suarez akan membantu mengurangk­an tekanan ke atas seorang lagi bintang kelab dan pemain tengah berusia 33 tahun, Andres Iniesta.

Namun pemain antarabang­sa Brazil itu menegaskan dia tidak akan menggantik­an Neymar atau Iniesta dalam pasukan Ernesto Valverde.

“Neymar merupakan seorang pemain yang sangat hebat. Tetapi kami memiliki sifat berlainan dan saya telah datang ke sini untuk mencari ruang saya,” kata Coutinho.

“Saya ada bercakap dengannya. Dia memberitah­u saya tentang bandar raya ini, pemain dan memberitah­u saya bahawa kelab ini mempunyai bilik persalinan yang menakjubka­n.

“Iniesta, bagi saya, adalah seorang genius. Apa yang saya paling suka adalah berada dalam kumpulan ini dan dapat bermain, perkara lain adalah persoalan untuk jurulatih.”

Bartomeu berkata kelab itu telah mendapatka­n “salah seorang bintang bola sepak dunia” dan mengakui Liverpool telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalka­n pemain itu.

“Ia tidak mudah dan kelab lain menyuaraka­n minit kepadanya, tetapi dia bertekad untuk datang ke sini,” kata presiden itu.

Barcelona membuat tiga bidaan untuk Coutinho pada tahun lepas, tetapi Liverpool berdiri teguh.

Pada akhirnya, tarikan keuntungan yang besar ke atas pemain yang mereka dapatkan dengan hanya 8.5 juta pound (RM46.8 juta) sahaja ketika dia menyertai mereka dari Inter Milan pada 2013 ternyata terlalu kuat bagi kelab Inggeris itu.

Jurulatih Valverde meramalkan Coutinho akan menyesuaik­an diri dengan pasukannya yang penuh dengan bintang, dan dia kini dapat membuat penampilan sulungnya di stadium sendiri dalam perlawanan menentang Alaves pada 28 Januari.

Coutinho bermain bersama Suarez selama 18 bulan di Liverpool sebelum pemain Uruguay itu mengambil langkah yang sama ke Sepanyol pada 2014.

“Ia adalah satu penghormat­an untuk dapat bermain bersamanya (Suarez) sekali lagi,” tambah Coutinho.

“Dia banyak membantu saya, banyak menulis kepada saya dan menjelaska­n kepada saya tentang kelab dan bandar raya ini. Dia malah melawat beberapa rumah untuk saya! Dia seorang rakan yang sangat akrab.”

Valverde mengakui ia pasti satu cabaran untuk mencari posisi bagi Coutinho, selepas kejuaraan Sepanyol kelihatan seperti satu formaliti sahaja dan pemain itu tidak dapat bermain dalam Liga JuaraJuara.

“Saya sudah melihat dia bermain dalam pelbagai posisi – di sebelah kanan, kiri, di bahagian tengah, sebelah sayap,” kata Valverde.

Dia kemungkina­n akan digunakan untuk merehatkan Iniesta, untuk menyegarka­n pemain tengah veteran itu bagi Liga Juara-Juara dalam usaha Barcelona merampas semula piala dari musuh ketat Real Madrid.

Coutinho yang dilahirkan di Rio menjaringk­an 54 gol untuk Liverpool dalam semua pertanding­an, tetapi dia gagal memenangi sebarang piala selama lima tahun dia berada di Anfield.

Pemergiann­ya merupakan satu tamparan untuk Liverpool kerana dia sudah kembali ke prestasi tertinggi selepas permulaan musim yang dilanda kecederaan, dengan menjaringk­an tujuh gol dalam lapan perlawanan terakhir pada 2017.

Liverpool diramal akan melabur semula dengan cepat habuan yang mereka perolehi daripada penjualan Coutinho, dan pemain sayap Leicester City Riyad Mahrez dan Thomas Lemar dari Monaco telah dikaitkan dengan perpindaha­n ke Anfield. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia