Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad hoki bakal beraksi tanpa khidmat penjaga gol utama negara itu pada Sukan Komanwel, Apr depan

-

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara mungkin tidak dapat menggunaka­n khidmat penjaga gol utama, S. Kumar pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia April depan ekoran pemain berkenaan gagal ujian doping tahun lepas.

Namun, kelibat penjaga gol berpengala­man itu amat diperlukan pada saingan Sukan Asia 2018 yang turut menjadi medan kelayakan ke Sukan Olimpik 2020.

Penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara, Muhamad Amin Rahim berkata buat masa ini, Konfederas­i Hoki Malaysia ( MHC) masih menunggu tarikh untuk pendengara­n kes doping penjaga gol berusia 38 tahun itu.

“S. Kumar memang ada dalam senarai panjang. Kita masih menunggu tarikh pendengara­n kes beliau. Kita berdoa semoga tempoh penggantun­gan dipendekka­n.

“Sekurang- kurangnya, kalau Kumar terlepas aksi di Sukan Komanwel, kita berharap beliau boleh beraksi pada Sukan Asia. Kita tahu Kumar merupakan watak penting dalam pasukan,” katanya selepas mesyuarat jawatankua­sa pemilihan Sukan Komanwel 2018 di Wisma OCM di sini.

Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2017 ketika bertemu Oman pada 16 Okt lepas.

Beliau dikesan menggunaka­n bahan terlarang Sibutramin­e dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi Anti- Doping Dunia (WADA).

Berikutan itu, Kumar digantung sementara daripada terbabit dalam sebarang aktiviti hoki selama dua tahun, dengan sesi pendengara­n dijangka diadakan bulan ini.

Sementara itu, Muhamad Amin berkata senarai akhir pemain hanya akan diketahui akhir bulan ini.

“Buat masa ini, semua pemain kebangsaan beraksi dengan pasukan masingmasi­ng dalam saingan Liga Hoki Kebangsaan.

“Kita harapkan semua pemain berada dalam keadaan baik dan kita akan jalani latihan pusat selama seminggu sebelum penyertaan di Sukan Komanwel,” katanya.

Dalam pada itu, penolong jurulatih hoki wanita negara, Lailin Abu Hassan berkata cabaran agak sengit bakal dihadapi anak buahnya pada penampilan di Gold Coast nanti.

“Kita sasarkan keputusan yang sama seperti sebelum ini, di tempat ketujuh. Kita akui saingan sengit terutama dari England, Australia, Kanada dan India,” katanya.

Beliau berkata skuad wanita tetap akan menjalani latihan seperti biasa meskipun Liga Hoki Wanita Kebangsaan berlangsun­g mulai 18 Jan ini.

Berhubung status penyerang Fazilla Sylvester Silin, Lailin berkata pihaknya sedang mengadakan perbincang­an dengan pegawai berkaitan bagi mendapatka­n khidmat pemain berkenaan.

“Kita sedang berusaha untuk mendapatka­n khidmat Fazilla. Kita juga sedang berbincang untuk membolehka­n Fazilla beraksi dalam Liga Hoki supaya dia mendapat kembali rentak permainan,” katanya.

Fazillah sebelum ini, menjalani latihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. — Bernama

 ??  ?? S KUMAR
S KUMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia