Utusan Borneo (Sarawak)

Enam atlet paralimpik dipilih sertai Sukan Komanwel 2018

-

KUALA LUMPUR: Hanya enam dari 13 atlet paralimpik, yang dinamakan dalam senarai awal, dipilih mewakili negara ke Sukan Komenwel 2018 oleh Jawatankua­sa Pemilihan temasya itu semalam.

Pengurus skuad paralimpik ke temasya Komanwel Gold Coast, Datuk R. Subramania­m, berkata enam atlet itu mewakli lima sukan iaitu olahraga, berbasikal, powerlifti­ng, pingpong dan renang.

Beliau berkata dua lagi sukan iaitu boling padang dan triathlon tidak diwakili oleh atlet paralimpik negara selepas saringan dilakukan oleh Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa ( IPC).

“Kita akan membuat rayuan untuk menambah sekurangku­rangnya dua lagi atlet iaitu Ahmad Solihim Mohd Nor ( olahraga T46 - kecacatan anggota) dan James Wong ( renang). Sebelum ini, kita senaraikan nama mereka namun selepas saringan oleh IPC berdasarka­n ranking, keduaduany­a dicicirkan daripada senarai.

“Kita buat rayuan dahulu, dapat atau tidak terpulang kepada keputusan IPC. Jika ada yang tarik diri, maka ada peluang untuk kita menambah penyertaan. Mungkin dalam satu minggu lagi akan dapat keputusan,” katanya kepada pemberita di Wisma Majlis Olimpik Malaysia ( OCM). Atlet yang disenaraik­an ialah Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah ( olahraga T12 - masalah penglihata­n), Jong Yee Khie dan Bonnie Bunyau anak Gustin ( powerlifti­ng), Muhammad Afiq Afify Rizan ( berbasikal B3 - masalah penglihata­n), Mohamad Azwar Bakar ( ping pong) dan Carmen Lim (renang S6 - kecacatan anggota).

Untuk rekod, pada Sukan Para ASEAN Ke-9, Muhamad Afiq merupakan pemenang pingat emas acara 100m lelaki T12, Yee Khie (pingat emas dalam kategori 97kg), Muhammad Afiq Afify (pingat emas acara pecut dan 1km ujian masa) manakala Carmen Lim pula meraih pingat emas 50 meter gaya bebas S8.

Mengulas mengenai sasaran pingat, Subramania­m memberi jaminan bahawa skuadnya akan menghadiah­kan pingat kepada kontinjen negara namun, beliau tidak menyatakan sasaran spesifik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia