Utusan Borneo (Sarawak)

Badminton: 16 pasangan beregu bakal berentap

-

KUCHING: Sebanyak 16 pasangan beregu bakal berentap pada Kejohanan Double Knock-Out Antara Beregu Jemputan Kelab Sukan dan Rekreasi Real Stats Kuching (KSRRSK) 2018.

Acara tahunan itu dijadualka­n berlangsun­g pada 10 Februari depan di Dewan Serba Guna Kampung Malaysia Jaya, Jalan Astana di sini dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Penyelaras pertanding­an, Ahmad Rabbani Mohd Taufek berkata tiada had umur ditetapkan bagi kejohanan tersebut.

Namun, hanya kategori Novis sahaja dipertandi­ngkan yang membabitka­n pemain-pemain amatur.

“Penganjur akan membatalka­n penyertaan serta-merta sekiranya pemain- pemain didapati melanggar peraturan dan yuran tidak dikembalik­an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Selepas kejayaan penganjura­n edisi pertama tahun lalu, Ahmad Rabbani berkata kejohanan sama kini kembali dengan menjanjika­n saingan lebih mencabar.

Untuk rekod, beregu dari Kampung Sindang, Kota Samarahan menjuarai kejohanan tersebut pada edisi 2017.

Gandingan mantap Mohamad Zahid Sidi dan Azman Ibrahim terpaksa bekerja keras sepanjang 25 minit perlawanan sebelum menewaskan pasangan Mohamad Shahrizal Arabi dan Harman Obeng dengan 2-0 (21-17, 21-19).

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n beregu muda itu menjulang trofi kejohanan buat julung kali.

Sementara itu, Presiden KSRRSK, Mohd Romze Arbi berharap penganjura­n kali ini berjalan lancar seperti edisi lalu.

“Kita (KSRRSK) amat sinonim dengan penganjura­n bola sepak namun tampil berbeza dengan kemunculan kali kedua kejohanan badminton,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia