Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mampu beri saingan pada Liga Perdana 2018: Karim

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah optimis skuad Sarawak mampu memberikan saingan dalam Liga Perdana 2018.

Meskipun menyedari saingan semakin kompetitif, beliau yakin dengan kemampuan pengendali baharu Sarawak FA, Ian Andrew Gillan mempunyai perancanga­n tersendiri mengemudi skuad Bujang Senang.

Bercakap pada sidang media mengenai Pertanding­an Gusti Lengan Amal Antarabang­sa Premier 101 2018 di sini semalam, beliau percaya Sarawak mampu bangkit dan memberikan saingan dalam Liga Perdana 2018.

“Saya percaya persiapan rapi kini dilaksanak­an barisan kejurulati­han diketuai Ian bagi memilih pemain-pemain yang bakal menyarung jersi Sarawak FA musim ini,” katanya.

Beliau menyifatka­n kehadiran jurulatih dari Australia itu mampu membawa pembaharua­n dan perubahan drastik kepada pasukan Ngap Sayot.

“Tidak dinafikan Liga Per- dana dilihat menjadi medan perlawanan kompetitif, apapun Sarawak perlu berusaha lebih keras untuk memenangi lebih banyak perlawanan bagi memastikan kita (Sarawak) berada di kedudukan terbaik,” ujarnya.

Jelasnya, dengan kejayaan pasukan dan momentum kemenangan dipamerkan barisan pemain pasti menarik perhatian penyokong untuk terus hadir ke stadium setiap kali perlawanan di laman sendiri.

Pada masa sama, katanya ia dapat meningkatk­an moral pemain-pemain ketika beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, Sarawak FA.

Sebagai persiapan mengharung­i kempen Liga Malaysia 2018, Sarawak dijadualka­n mengadakan perlawanan persahabat­an pra-musim bersama tiga kelab di Semenanjun­g Malaysia bermula 13 Januari ini.

Sarawak akan berkunjung ke Stadium Arena Universiti Malaya (UM) menentang Felcra FC, UiTM FC dan Felda United sebelum kembali ke Bumi Kenyalang memulakan saingan Liga Perdana pada Februari depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia