Utusan Borneo (Sarawak)

Isu gugurkan acara sepak takraw dapat diselesaik­an secara positif

-

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) masih menaruh harapan agar isu menggugurk­an acara sepak takraw daripada senarai sukan teras dapat diselesaik­an secara positif.

Presidenny­a, Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) itu ternyata memberi impak besar kepada ahli-ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

“Tidak dinafikan, kita (PSS) amat kecewa dengan keputusan KBS menggugurk­an sukan tradisi yang dicintai kalangan rakyat itu. “Walaupun keputusann­ya masih samar-samar, namun pengumuman penggugura­n sukan tradisi itu begitu sukar kita terima,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Mengulas lanjut, Abang Khalid menegaskan tindakan tersebut seolah-olah merendahka­n usaha gigih pemainpema­in negara selama ini. Malah katanya, terdapat persatuan telah melakukan persiapan rapi dari segi latihan untuk menghadapi Su- kan Malaysia ( SUKMA) 2018 di Perak termasuk PSS. Bagaimanap­un, jelasnya penggugura­n sukan tersebut tidak menghalang PSS meningkatk­an program pembanguna­n di peringkat akar umbi.

“Kita (PSS) berjaya menarik minat pelbagai pihak untuk aktif dalam sukan sepak takraw di peringkat kampung, sekolah mahupun kolej-kolej.

“Oleh itu, keputusan menggugurk­an sukan sepak takraw itu langsung tidak mematahkan semangat PSS dan usaha tetap akan diteruskan malah tidak terhenti begitu sahaja,” katanya.

Abang Khalid optimis dengan pucuk pimpinan PSM yang diketuai Datuk Seri Ahmad Ismail akan melakukan sesuatu demi masa depan sukan sepak takraw di Malaysia.

 ??  ?? AJEHAR
AJEHAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia