Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk bandar Perancis henti makanan bebas khinzir

-

BEAUCAIRE: Pihak berkuasa tempatan haluan kanan di selatan Perancis kelmarin menghentik­an makanan sekolah tanpa babi, dalam tindakan yang dikecam bersifat anti-Islam atau anti-Yahudi oleh menteri.

Julien Sanchez, datuk bandar Beaucaire dari parti Barisan Nasional, sebuah pekan di selatan Avignon, memansuhka­n skim tersebut yang dilaksanak­an pegawai sebelumnya, pada hari pertama penggal persekolah­an baharu.

Langkah tersebut menjejaska­n kira-kira 150 pelajar, kebanyakan­nya Muslim, yang mengambil makanan tambahan daripada 600 pelajar tempatan secara keseluruha­nnya.

Marlene Schiappa, menteri kesamarata­an seksual memberitah­u BFM TV keputusan itu adalah satu contoh tipikal pengamal fahaman sekularism­e sebagai senjata politik anti-Islam atau anti-Yahudi.

Dalam artikel akhbar yang mengumumka­n perubahan polisi pada Disember, Sanchez menyatakan makanan tanpa babi bersifat anti- Republikan.

Pemimpin pembangkan­g di Beaucaire Laure Cordelet mengecam Sanchez sebagai menyerang hak kanakkanak yang berasal daripada komuniti Maghreb (Afrika Utara).

Kontrovers­i muncul selepas kes sama pada 2015, di mana datuk bandar Republikan Chalon- sur- Saone ( selatan Dijon) Gilles Platret menghentik­an menu gantian babi di kantin sekolah di pekan tersebut.

Mahkamah pentadbira­n Dijon menghalang keputusan pada Ogos 2017, menyatakan ia bertentang­an dengan kepentinga­n kanak-kanak.

Datuk bandar merayu supaya keputusan mahkamah rayuan bagi kawasan pentadbira­n Lyon.

Beberapa ibu bapa pelajar yang menentang keputusan di Beaucaire merancang berkumpul di depan dewan perbandara­n sebagai tanda bantahan sambil berpiknik pada 15 Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia