Utusan Borneo (Sarawak)

Juri rasis, Mahkamah Agung buka semula kes

-

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memutuskan kelmarin untuk mengarahka­n pemeriksaa­n semula kes membabitka­n banduan hukuman mati kulit hitam selepas salah seorang juri ketika perbicaraa­nnya mempersoal sama ada orang kulit hitam mempunyai jiwa.

Pada September lepas, Mahkamah Tinggi menghentik­an hukuman mati Keith Tharpe, hanya beberapa jam sahaja sebelum dia menerima suntikan maut, selepas peguamnya mempertika­i fahaman rasis memainkan peranan utama dalam pensabitan­nya.

Tharpe didapati bersalah atas pembunuhan pada 1990 kakak iparnya Jaquelin Free- man, yang berlaku ketika dia memandu ke tempat kerjanya dengan bekas isterinya di wilayah selatan Georgia.

Pada 1998, kumpulan yang menyediaka­n bantuan perundanga­n percuma untuk banduan menemu bual juri yang menjatuhka­n hukuman mati.

Salah seorang daripadany­a lelaki kulit putih bernama Barney Gattie, yang menurut rekod mahkamah menyatakan: “Terdapat dua jenis orang kulit hitam, rakyat kulit hitam dan ‘niggers’.”

“Disebabkan saya mengenali mangsa dan keluarga suaminya serta mengenali mereka semua sebagai rakyat kulit hitam yang baik, saya percaya Tharpe, yang bukannya kategori rakyat kulit hitam yang baik dalam buku saya, harus mendapat hukuman kerusi elektrik,” menurut Gattie.

Para juri turut menyatakan kajian Kitab Injil membuatkan beliau terfikir sama ada orang kulit hitam memiliki jiwa.

Peguam bela Brian Kammer menyatakan dalam satu kenyataan bahawa terdapat bukti jelas kebencian rasis pada seorang juri.

Tiga hakim mahkamah konservati­f, Clarence Thomas, Samuel Alito dan Neil Gorsuch, menentang kenyataan tersebut.

Thomas, satu- satunya hakim Mahkamah Tinggi Afrika-Amerika, menyatakan pendapat majoriti menangguhk­an sepenuhnya keadilan bagi Freeman.

Dalam beberapa kes sejak beberapa tahun ini, Mahkamah Tinggi AS menyatakan prejudis perkauman tidak mempunyai tempat dalam sistem perundanga­n Amerika.

Pada Februari lepas, mahkamah menangguhk­an hukuman mati terhadap seorang penduduk Texas yang dikatakan semasa perbicaraa­nnya sebagai berpotensi lebih berbahaya kerana kaumnya kulit hitam.

Mahkamah Agung turut memutuskan memihak kepada seorang lelaki kulit hitam pada Mei 2016 yang dijatuhkan hukuman mati oleh sekumpulan juri 12 kulit putih tanpa seorang pun juri kulit hitam. — AFP SYDNEY: Ratusan kelawar menjadi mangsa suhu panas melampau di Australia, di mana banyak terjatuh begitu sahaja dari tempat pergantung­annya ketika suhu panas ‘menggoreng’ otak mereka, menurut pegawai hidupan liar semalam.

Gelombang haba yang memecahkan rekod menyaksika­n merkuri naik ke paras 45 darjah Celsius di pinggir barat Campbellto­wn di Sydney pada Ahad di mana ratusan ribu haiwan tersebut jatuh dari pokok akibat kesan kepanasan tersebut.

“Mereka boleh dikatakan menggelega­k,” pengurus koloni kelawar buah Campbellto­wn Kate Ryan memberitah­u akhbar tempatan Camden Advertiser.

“Suhu panas tersebut menjejaska­n otak mereka, otak mereka seperti digoreng dan mereka menjadi tidak keruan.

“Keadaan ini boleh diumpamaka­n seperti berdiri di tengah gurun pasir tanpa sebarang perlindung­an,” katanya.

Kelawar buah, kelawar terbesar di Australia, disenaraik­an sebagai spesies berisiko terancam di peringkat kebangsaan dengan kelangsung­annya ditarafkan sebagai keutamaan kritikal di bawah undang-undang tempatan.

Sydney merekodkan suhu paling panasnya sejak 1939 pada Ahad apabila pinggir bandar Penrith mencecah 47.3 darjah Celsius.

Perkhidmat­an Penerangan, Penyelamat dan Pendidikan Hidupan Liar New South Wales ( WIRES) berkata, kehilangan kelawar akibat suhu melampau itu boleh meningkat.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamat­kan lebih 100 kelawar tersebut tetapi banyak yang ditemui di atas tanah telah mati manakala yang lain mati dalam keadaan masih berpaut pada pokok.

“Dalam keadaan yang luar biasa seperti ini, sukarelawa­n bekerja keras menyalurka­n cecauir kepada anak kelawar tetapi banyak juga kelawar yang mati,” menurut WIRES dalam Facebook. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia