Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Kanada bekas tahanan di Afghanista­n masih dipenjara

-

OTTAWA: Seorang lelaki Kanada yang dikurung bertahun-tahun di Afghanista­n sebelum didakwa di negara asalnya atas 15 kesalahan masih dalam tahanan kelmarin ketika menunggu perbicaraa­n ikat jamin yang ditunda minggu depan.

Hakim memberikan peguam Joshua Boyle, 34, lebih banyak masa untuk menyediaka­n hujah pembebasan­nya dengan ikat jamin dan menjadualk­an perbicaraa­n baharu pada 15 Januari.

Ikat jamin biasanya termasuk persediaan bagi pengawasan­nya, di mana dia akan tinggal serta beberapa syarat lain.

Boyle muncul kira-kira seminit dalam perbicaraa­n melalui paparan video dari sebuah pusat tahanan di Ottawa, memakai seragam penjara jingga dan berjambang lebat.

Dia kedengaran mengeluh dan mengangkat keningnya ketika hakim membuat keputusann­ya.

Boyle dan isterinya Caitlin Coleman dari Amerika Syarikat (AS) dijadikan tahanan kumpulan Taliban Afghan selama lima tahun.

Mereka dibebaskan pada Oktober lepas bersama tiga anak mereka yang dilahirkan dalam tahanan sebelum pulang ke Kanada.

Pihak berkuasa Kanada kemudian mendakwany­a pada minggu lepas atas 15 tuduhan termasuk serangan, gangguan seksual dan pengurunga­n haram.

Dia turut didakwa mengeluark­an ugutan maut, memberikan maklumat salah kepada polis dan menyebabka­n seorang mengambil sejenis bahan beracun.

Dokumen mahkamah menyatakan jenayah tersebut dilakukan selepas dia pulang ke Kanada.

Mahkamah mengarahka­n pengharama­n penerbitan identiti mangsanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Coleman tidak memberikan komen mengenai tuduhan spesifik terhadap suaminya namun mempersala­hkan ketegangan dan trauma yang terpaksa dihadapi bertahun-tahun dan kesannya terhadap keadaan mentalnya.

Boyle dan Coleman, yang berkahwin pada 2011, diculik Taliban semasa lawatan pengembara­an melalui Afghanista­n pada 2012. Mereka kemudian dipindahka­n di bawah jagaan puak Haqqani yang mempunyai hubungan dengan pihak tentera Pakistan.

Pihak tentera Pakistan menyatakan keluarga tersebut telah dibebaskan dalam satu operasi menyelamat yang berani.

Namun segelintir pegawai AS dan Kanada mempersoal keterangan tersebut, sebaliknya mencadangk­an ia mungkin melibatkan penyerahan tahanan yang dibincangk­an dengan rangkaian Haqqani di mana Islamabad dikatakan menyokongn­ya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERBICARAA­N TANGGUH: Gambar fail 3 Januari lalu menunjukka­n kotak surat khabar memaparkan berita mengenai Boyle pada laman depan akhbar tempatan di Ottawa.
— Gambar AFP PERBICARAA­N TANGGUH: Gambar fail 3 Januari lalu menunjukka­n kotak surat khabar memaparkan berita mengenai Boyle pada laman depan akhbar tempatan di Ottawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia