Utusan Borneo (Sarawak)

Yingluck dipercayai berada di London

-

BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand Yingluck Shinawatra yang melarikan diri ke luar negara untuk mengelak dipenjarak­an atas penyelewen­gan kuasa dalam kes skim subsidi beras yang menyebabka­n negara kerugian berbilion dolar, kini berada di Britain, menurut menteri luar negara Thailand semalam.

Beliau berkata demikian selepas dua gambar dikatakan memaparkan Yingluck tersebar dalam media sosial.

Satu daripadany­a menunjukka­n Yingluck bergambar dengan seorang wanita memakai kot merah disertai kapsyen menyatakan gambar itu diambil di luar pusat belibelah Harrods di London.

Satu lagi menunjukka­n Yingluck di pusat beli-belah Westfield di London.

Pihak polis Thai mengesahka­n gambar Yingluck dengan wanita berkot merah itu dan mengesahka­n identiti Yingluck.

Mereka belum mengesahka­n identiti wanita dalam gambar di Westfield.

Yingluck dijatuhkan hukuman tanpa kehadirann­ya penjara lima tahun atas kesilapan pengurusan skim beras.

Beliau tidak memberikan komen secara umum sejak meninggalk­an Thailand Ogos lepas sebelum keputusan dalam kes pengabaian jenayah terhadap beliau dan lokasinya menjadi sumber spekulasi tegang.

Yingluck dan abangnya bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingka­n, menjadi pusat perebutan kuasa yang mendominas­i politik Thai lebih sedekad.

Krisis yang meletakkan secara meluas golongan elit tradisiona­l negara, termasuk pihak tentera, menentang keluarga Shinawatra dan penyokongn­ya.

Menteri Luar Thailand Don Pramudwina­i memberitah­u wartawan di Bangkok kelmarin Yingluck berada di London dan pihak berkuasa Thai sudah berhubung dengan rakan setugas mereka di British untuk mengesanny­a.

“Kami mengetahui tentang ini sejak September. Menteri luar Britain memberitah­u kami Yingluck di London, England.

“Kami telah berkomunik­asi secara konsisten namun kami masih belum menemui beliau,” Don memberitah­u wartawan.

Beliau menolak untuk memberi komen secara spesifik sama ada Thailand akan mendapatka­n ekstradisi Yingluck.

Thailand dan United Kingdom mempunyai perjanjian ekstradisi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia