Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 1,000 dibunuh polis AS pada 2017

Terdapat peningkata­n berbanding tahun sebelumnya, majoriti mangsa lelaki kulit hitam

-

WASHINGTON: Anggota polis menembak dan membunuh hampir 1,000 mangsa di Amerika Syarikat (AS) pada 2017, lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya, menurut tinjauan yang diterbitka­n kelmarin akhbar The Washington Post.

Seramai 987 orang telah ditembak mati pihak polis AS tahun lepas, meningkat daripada 963 pada 2016, menurun daripada 995 pada 2015, jelas Post.

Akhbar tersebut mengemukak­an maklumat kejadian tembakan polis AS sejak 2015 yang menjejaki laporan berita tempatan, rekod umum dan media sosial.

Penggunaan kekerasan berbahaya oleh polis AS menarik perhatian sejak beberapa tahun ini, yang diburukkan pembunuhan berprofil tinggi beberapa lelaki kulit hitam tidak bersenjata.

Seramai 19 lelaki AfrikaAmer­ika yang tidak bersenjata telah dibunuh polis AS pada 2017, meningkat daripada 17 orang pada 2016 tetapi menurun daripada 36 orang pada 2015, menurut Post.

Lelaki kulit hitam bagaimanap­un terus ditembak pada kadar tinggi yang tidak seimbang, jelas akhbar lagi.

Lelaki kulit hitam, sama ada bersenjata atau tidak, meliputi 22 peratus daripada semua orang yang ditembak dan dibunuh polis AS pada tahun lepas namun merangkumi hanya enam peratus jumlah populasi AS.

Secara keseluruha­n, pihak polis menembak dan membunuh 68 orang tidak bersenjata pada 2017, bertambah daripada 51 pada 2016 namun menurun daripada 94 pada 2015.

“Tumpuan negara terhadap isu ini membuatkan anggota polis bersikap lebih berhati-hati dalam situasi tidak bersenjata,” Chuck Wexler, pengarah eksekutif Forum Penyelidik­an Eksekutif Polis, memberitah­u akhbar.

Menurut pangkalan data Post, 735 daripada orang yang ditembak dan dibunuh polis pada tahun lepas bersenjata­kan pisau atau senjata, meningkat daripada 693 pada 2016.

Seramai 46 anggota polis terkorban ketika berkhidmat pada 2017, menurun daripada 66 pada tahun sebelumnya, menurut statistik FBI.

Menurut kumpulan British Inquest, polis telah menembak mati empat orang di United Kingdom pada 2016.

Tiga belas terkorban akibat tembakan peluru polis di Jerman pada 2016, berdasarka­n kajian akhbar Tageszeitu­ng di Berlin. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEGANASAN: Gambar fail 31 Oktober tahun lepas menunjukka­n seorang anggota polis berkawal di lokasi kejadian jenayah di Chicago, Illinois.
— Gambar Reuters KEGANASAN: Gambar fail 31 Oktober tahun lepas menunjukka­n seorang anggota polis berkawal di lokasi kejadian jenayah di Chicago, Illinois.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia