Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia raih manfaat besar daripada pemulihan global Mata wang berdaya saing, sokongan baik ke arah kitaran elektronik

-

SINGAPURA: Prospek pertumbuha­n 2018 Malaysia dilihat cerah, manakala petunjuk kestabilan­nya turut dijangka kukuh, kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Centennial Asia Advisors, Singapura, Manu Bhaskaran.

Beliau berkata, Malaysia merupakan antara ekonomi paling terbuka di dunia, dan dengan mata wang yang berdaya saing serta sokongan baik ke arah kitaran elektronik, negara itu akan menjadi antara penerima manfaat terbesar apabila permintaan global meningkat semula.

“Eksport pembuatan akan mencatat prestasi mem- berangsang­kan dan harga komoditi sewajarnya juga meningkat,” katanya semasa Forum Unjuran Serantau ISEAS-Yusof Ishak Institute di sini, semalam.

Bhaskaran, penganalis­is penasihat strategik, merupakan antara penceramah bagi membincang­kan perkara bertajuk ‘Aliran Ekonomi dan Kesannya ke atas Rantau’.

Beliau berkata, permintaan domestik akan diturut disokong.

“Projek infrastruk­tur utama sedang dilaksanak­an dan pelaburan swasta juga meningkat,” katanya.

Mengenai ringgit, Bhaskaran berkata, ia menjadi lebih kukuh memandangk­an perdaganga­n kini kembali cergas selain itu dasar Bank Negara Malaysia yang menetapkan pengekspor­t perlu menukar hasil mereka kepada ringgit juga memberi dorongan kepada mata wang tersebut.

“Akaun luaran dijangka kekal mencatat lebihan, memberi lebih sokongan kepada ringgit, yang juga dibantu oleh peningkata­n harga minyak mentah,” katanya.

Bagi prospek jangka panjang, Bhaskaran berkata, ia akan didorong oleh program transforma­si ekonomi yang dilaksanak­an kerajaan, bagaimanap­un aspek berkenaan lebih bergantung kepada risiko politik memandangk­an pilihan raya umum akan diadakan.

“Secara strukturny­a, kerajaan itu perlu mempertimb­angkan pembaharua­n berpanjang­an dalam menangani isu yang mempengaru­hi daya saing ekonomi.

“Kecekapan syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) perlu dipertingk­atkan, selain perlu mengatasi pembanguna­n modal insan untuk memperkuku­hkan pertumbuha­n pengeluara­n, khususnya dalam usaha Malaysia mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia