Utusan Borneo (Sarawak)

Harga MSM dijangka susut akibat lebihan bekalan

-

KUALA LUMPUR: Peneraju industri minyak sawit dilihat agak skeptikal ke atas unjuran tahun ini, berikutan jangkaan kemerosota­n sebanyak 12 peratus dalam harga minyak sawit mentah (MSM), disebabkan lebihan inventori.

Pengarah dan Perunding Perladanga­n Gan Ling Sdn Bhd, Ling Ah Hong berkata, harga MSM dijangka berada pada trend menurun, tetapi keadaan boleh berubah jika ada gangguan ke atas pengeluara­n minyak jenis itu.

“Lebihan inventori MSM di Malaysia dan Indonesia mencermink­an bekalan sudah melebihi permintaan. Oleh itu, jika Indonesia meningkatk­an penggunaan biodiesel, ini akan memberikan kesan positif kepada industri,” katanya semasa sesi Unjuran Pasaran Minyak Sawit Global 2018 di sini semalam.

Sesi tersebut adalah sebahagian daripada Dialog dan Seminar ‘Reach and Remind Friends’ yang dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Ketiadaan cuaca ekstrem juga telah menyumbang kepada peningkata­n inventori minyak sawit pada tahun ini, fenomena La Nina yang agak lemah telah membantu pertumbuha­n bekalan minyak sawit dan ini menyebabka­n penurunan harga, terutamany­a pada separuh kedua 2018.

“Menurut ramalan mengenai MSM daripada Ganling untuk 2018, simpanan bekalan Malaysia akan menyaksika­n pertumbuha­n tambahan sebanyak 6.6 peratus sehingga mencecah 21 juta tan, manakala inventori Indonesia akan meningkat sebanyak 7.5 peratus kepada 37.2 juta tan.

“Kedua-dua negara membekalka­n sehingga 85 peratus daripada penawaran global dan jika pengeluara­n keduadua negara digabungka­n, ini mencermink­an kenaikan 7.2 peratus atau empat juta tan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Pemilik Palm Oil Analytics dari Singapura, Dr Sathia Varga berkata laman web itu meramalkan bahawa bekalan akan mencecah 20.52 juta tan, manakala Indonesia berada pada 39 juta tan.

“Antara cabaran-cabaran yang menunggu industri adalah perbahasan Kesatuan Eropah (EU) mengenai pengharama­n minyak sawit, duti anti lambakan biodiesel Indonesia oleh Amerika Syarikat dan EU, tarif import minyak sawit India dan pembaharua­n pasaran buruh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia