Utusan Borneo (Sarawak)

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Diraja Untuk Kewangan Islam

-

KUALA LUMPUR: Anugerah Diraja Untuk Kewangan Islam sedang mengadakan pencarian global untuk menghargai individu luar biasa dalam bidang kewangan Islam, dengan pembukaan pencalonan bagi penerima kelimanya.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, dalam satu kenyataan bersama kelmarin berkata, anugerah itu adalah untuk mengiktira­f pemimpin kewangan Islam yang telah memberi sumbangan yang banyak kepada pertumbuha­n kewangan Islam dan kemajuan sosial komuniti di seluruh dunia.

Penerima dipilih oleh tujuh juri bebas antarabang­sa yang dipengerus­ikan Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam, Tun Musa Hitam, yang merangkumi aspek kualitatif dan kuantitati­f sumbangan luar biasa individu terhadap kewangan Islam global.

“Ini termasuk inovasi kewangan dan kerja perintis, kepimpinan yang luar biasa, penerimaan dan pengiktira­fan dalam industri, dan inspirasi serta pengaruh ke arah kemajuan dan pembanguna­n kewangan Islam.

“Penerima anugerah itu berperanan sebagai model untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyumbang kepada kemajuan industri perkhidmat­an kewangan Islam,” katanya.

Penerima Anugerah Diraja Untuk Kewangan Islam pada 2016 adalah Prof Datuk Dr Rifaat Ahmed Abdel Karim yang memainkan peranan penting dalam penubuhan dua badan penetapan piawaian antarabang­sa, iaitu Pertubuhan Perakaunan dan Pengaudita­n bagi Institusi Kewangan Islam dan Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Islam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia