Utusan Borneo (Sarawak)

AIM, MPWS mahu jalin kerjasama lahir usahawan wanita

-

PUTRAJAYA: Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah ( MPWS) berminat untuk menjalin kerjasama untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita di negeri itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, perkara itu dibincangk­an ketika Pengerusi MPWS, Datuk Dr Hajah Tarsia mengadakan kunjungan hormat ke atas Nancy di pejabat beliau, di sini kelmarin.

Dalam perjumpaan terserbut, Nancy memaklumka­n bahawa AIM mempunyai beberapa inisiatif, antaranya Yayasan Steinbeis Malaysia dan PlatCOM yang boleh membantu melahirkan usahawan.

“MPWS mahu agensi di bawah seliaan Nancy sep- erti AIM membantu golongan muda yang berusia antara 18 hingga 35 tahun, yang telah terlibat mahupun yang ingin terlibat dalam bidang keusahawan­an di negeri itu,” kata kenyataan itu.

MPWS merupakan badan kerajaan negeri Sabah yang bertindak sebagai badan pemikir dan pelaksana program mahupun dasar bagi menyatukan usaha ke arah memajukan wanita di Sabah.

Kenyataan itu berkata, Yayasan Steinbeis Malaysia menawarkan khidmat nasihat daripada pakar dalam bidang tertentu sama ada dari kalangan akademik mahupun industri.

Misalnya, usahawan yang menghadapi masalah pembungkus­an dan menyasarka­n pasaran luar negara tetapi tidak mempunyai pengeta- huan dan memerlukan hala tuju ke arah matlamat itu, Yayasan Steinbeis boleh memanjangk­an keperluan itu kepada bukan sahaja pakar tempatan malah luar negara dalam bidang tersebut.

Tahun lepas, Yayasan Steinbeis Malaysia berjaya membantu 44 usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapatka­n pensijilan industri.

Kenyataan itu berkata PlatCOM pula berperanan sebagai pemangkin inovasi dalam kalangan PKS serta membantu memastikan konsep inovasi dikomersia­lkan sepenuhnya.

PlatCOM boleh membantu dalam menyediaka­n perkhidmat­an merangka pelan perniagaan, pembanguna­n dan pemasaran produk serta memudah cara dari segi sumber pembiayaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia