Utusan Borneo (Sarawak)

SAP lantik Duncan Williamson sebagai Pengarah Urusan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: SAP SE, penyedia aplikasi perkhidmat­an pendapatan perusahaan yang berkaitan dengan perisian dan aplikasi perisian, mengumumka­n pelantikan Duncan Williamson sebagai Pengarah Urusan bagi Malaysia, menggantik­an Terrence Yong.

SAP Malaysia dalam satu kenyataan semalam, berkata Williamson akan bertanggun­gjawab untuk memimpin dan memacu pertumbuha­n dan operasi perniagaan Malaysia, meningkatk­an kejayaan dan kehadiran SAP sepanjang 25 tahun lepas di negara ini.

Williamson yang sudah 18 tahun bersama SAP, menyertai syarikat itu pada 1999, dan telah memegang pelbagai peranan kepimpinan dalam lembaga pengarah syarikat.

Presiden dan Pengarah Urusan SAP Asia Tenggara, Claus Andresen berkata Malaysia memiliki peluang pertumbuha­n besar dalam industri teknologi maklumat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, seperti yang digariskan kerjaaan dalam Bajet 2018 untuk menumpukan usaha meningkatk­an ekonomi digital Malaysia.

“Dengan kerajaan Malaysia mengunjurk­an ekonomi digital menyumbang 20 peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara menjelang 2020, usaha dan kerjasama bersepadu perlu wujud antara sektor swasta dan awam bagi membantu organisasi tempatan dan syarikat multinasio­nal mengaplika­sikan pendigital­an.

“SAP terus menyokong transforma­si digital pelanggan Malaysia dalam tempoh 25 tahun lepas, dan saya yakin menerusi kepimpinan Williamson, kami akan dapat menyokong negara untuk melonjak ke peringkat seterusnya dalam pendigitan,” katanya.

Sementara itu, Williamson berkata beliau nampak peluang besar menunggu penggiat teknologi seperti SAP di Malaysia apabila inisiatif Program Transforma­si Kerajaan 2050 terbentuk.

“Tempoh beberapa tahun akan datang nampak menarik untuk Malaysia, dan saya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan, para pelanggan dan rakan-rakan di negara ini dalam bersamasam­a merealisas­ikan transforma­si digital Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia