Utusan Borneo (Sarawak)

Mah beri amaran balas balik ancaman minyak sawit EU Tindakan diskrimina­si EU akan menjejaska­n pekebun kecil sawit

-

KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Thailand bersedia bergabung tenaga untuk bertindak balas terhadap ancaman Kesatuan Eropah (EU) untuk mengecuali­kan minyak sawit daripada campuran biofuel dan tenaga boleh diperbahar­ui menjelang 2021, yang mana ia merupakan satu tindakan diskrimina­si dan sama seperti serangan ke atas industri minyak sawit.

Tindakan seperti itu akan menjejaska­n terutamany­a kepada pekebun kecil sawit, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan menegaskan ia merupakan satu kebimbanga­n utama kepada negara-negara pengeluar minyak.

“Meskipun kami berharap ianya tidak dilaksanak­an (larangan minyak sawit), namun jika ia benar-benar dilakukan, sekiranya produk (minyak sawit) kita didiskrimi­nasikan, kita juga boleh melakukan yang sama (kepada EU), kerana jika anda tidak berlaku adil kepada produk kami, anda perlu ingat yang Malaysia, Indonesia dan Thailand juga membeli produk-produk anda.

“Rundingan dan perbincang­an sedang dijalankan bagi memastikan ia tidak dilaksanak­an,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucap tama beliau di Seminar dan Dialog Reach and Remind Friends of the Industry 2018, di sini, semalam.

Beliau berkata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ketika ini sedang merundingk­an perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) dengan EU dan minyak sawit kekal menjadi agenda utama perbincang­an.

Mah berkata demikian sebagai mengulas resolusi Parlimen EU mengenai arahan baharu tenaga boleh diperbahar­ui yang mahu memperkena­lkan satu skim sijil tunggal bagi minyak sawit untuk memasuki pasaran EU dan menghentik­an secara berperingk­at penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit menjelang 2021 pada 4 April, 2017.

Ini disusuli dengan sokongan oleh Jawatankua­sa Alam Sekitar Parlimen EU pada 23 Okt, 2017 dan Jawatankua­sa Industri, Penyelidik­an dan Tenaga pada 28 Nov, 2017.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani isu itu.

“Minyak sawit bukan hanya berkenaan dengan ladang besar atau estet, tetapi ia melibatkan pekebun kecil yang bergantung kepada sawit bagi mata pencarian mereka. Kami berusaha sebaik mungkin dari segi kawalan dan kualiti alam sekitar. Jadi jangan menghukum apabila kami telah berusaha sedaya upaya kami,” katanya.

Malaysia memiliki kirakira 650,000 pekebun kecil. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia yakin bahawa pendapatan eksport daripada minyak sawit mentah (MSM) dan produk minyak sawit akan meningkat kepada RM80 bilion dalam tahun ini, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Katanya, kerajaan juga optimis bahawa eksport daripada produk minyak sawit dan MSM pada 2017 akan melebihi RM75 bilion selepas pendapatan mencecah RM71.5 bilion pada Disember 2017.

Kerajaan menjangkak­an pengeluara­n MSM dalam tahun ini akan melebihi 20 juta tan daripada 19.5 juta tan yang dianggarka­n pada 2017, katanya, sambil menambah bahawa eksport MSM dan produk minyak sawit dalam tahun ini diramal akan menokok sebanyak KUALA LUMPUR: Permodalan BSN Bhd (PBSNB) semalam mengumumka­n agihan pendapatan tiga dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.

Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional itu mengumumka­n agihan 0.85 sen atau RM2.33 juta bagi Amanah Saham BSN (ASBSN), 0.55 sen atau RM1.29 juta bagi BSN Dana Al-Jadid RM5 bilion disebabkan aktiviti-aktiviti promosi yang lebih banyak.

“Majlis Minyak Sawit Malaysia ( MPOC) telah membuka pejabat di Afrika. Kita akan melihat pelbagai pasaran baharu.

“Memang kita sedang berhadapan dengan cabaran dari Eropah (penguranga­n penggunaan kelapa sawit), tetapi pada masa yang sama, kita memberi perhatian kepada pengguna baharu,” beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama pada Dialog dan Seminar ‘Reach & Remind Friends of the Industry’ 2018 yang dianjurkan oleh MPOC di sini semalam.

Pada 2016, pendapatan eksport daripada produk minyak sawit dan MSM berjumlah sebanyak RM67.5 bilion dengan pengeluara­n minyak sawit sebanyak 17.5 dan 0.55 sen atau RM1.41 juta bagi BSN Dana Dividen Al-Ifrah.

Pelaburan semula unit agihan pendapatan bagi Al-Jadid dan Al-Ifrah akan dibuat pada hari ketiga bekerja selepas pengumuman ini, manakala pelaburan semula bagi ASBSN dibuat pada 31 Jan, 2018.

“Lembaga pengarah dan pengurusan PBSNB mengu- juta tan.

Sebelum itu dalam ucapan beliau, Mah berkata asas populasi ASEAN yang besar serta keperluan untuk meningkatk­an penggunaan minyak dan lemak telah menawarkan Malaysia tambahan peluang-peluang pasaran.

“Pada masa yang sama, muncul satu corak penggunaan, dari tempat lain seperti di Asia Pasifik, benua kecil India, China dan Timur Tengah. Saya memberikan arahan kepada MPOC untuk keluar dan merebut peluangpel­uang di pasaran ini.

“Saya yakin, minyak sawit akan tampil menarik dalam kumpulan makanan banyak negara- negara sedang membangun dan kekuatan pasaran kami di lokasiloka­si geografi ini perlu dipertingk­atkan,” katanya. — Bernama capkan terima kasih kepada semua pelabur atas sokongan dan kesetiaan berterusan bersama kami sehingga ke hari ini (semalam).

“Pihak kami sentiasa berusaha untuk meningkatk­an lagi pencapaian dan perkhidmat­an pada tahun akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Kamarul Izam Idrus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Mah memberi ucaptama pada seminar dan dialog ‘Reach, Remind Friends of the Industry 2018’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Mah memberi ucaptama pada seminar dan dialog ‘Reach, Remind Friends of the Industry 2018’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia