Utusan Borneo (Sarawak)

Yong Tai sasar untung bersih RM60 juta setahun daripada teater Encore Melaka

-

KUALA LUMPUR: Yong Tai Bhd menjangka teater Impression Series- Encore Melaka akan memberi sumbangan besar kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019 dan sekurang-kurangnya RM60 juta keuntungan bersih setahun apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, Encore Melaka, yang terletak di kawasan Impression City seluas 6.07 hektar itu dijangka dilancarka­n pada suku kedua tahun ini.

Boo berkata, Yong Tai kelmarin menandatan­gani perjanjian sehingga tiga tahun dengan enam ejen pelanconga­n untuk sejumlah satu juta tiket yang menunjukka­n keyakinan mereka terhadap Encore Melaka.

“Satu juta tiket adalah kirakira 70 peratus kapasiti penghunian penuh tahunan kami berdasarka­n dua pertunjuka­n sehari. Masih ada 30 peratus kenaikan dalam jualan tiket melalui agensi pelanconga­n dalam talian dan platform dalam talian kami sendiri,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin selepas menandatan­gani perjanjian itu.

Kumpulan tersebut kelmarin menandatan­gani beberapa perjanjian perikatan strategik dengan pelbagai syarikat, antaranya Bank of China (BoC) dan Kirin Financial Group Ltd serta ejen pelanconga­n untuk pembanguna­n Impression City.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong.

Impression City mempunyai nilai pembanguna­n kasar RM7 bilion untuk pelanconga­n kebudayaan dalam 11 fasa dalam tempoh lebih lapan tahun di tapak seluas 55.85 hektar.

Encore Melaka, teater dalaman standard antarabang­sa yang pertama di Malaysia, akan menjadi tumpuan pelancong, dengan auditorium berputar 360 darjah dan 2,000 tempat duduk.

Ia adalah francais China yang juga merupakan Siri Impression kesepuluh dan yang pertama di luar China.

Boo berkata setakat ini, kumpulan itu telah menerima kira-kira RM500 juta bagi pelaburan dalam pembanguna­n projek tersebut.

“Perjanjian dengan BoC hari ini (kelmarin) akan menyaksika­n bank itu memperluas kemudahan tambahan RM100 juta kepada syarikat itu untuk membiayai sebahagian daripada pembinaan teater serta kos operasi,” katanya.

Syarikat itu juga menandatan­gani perjanjian induk dengan Kirin Financial kelmarin, anak syarikat disenaraik­an di Hong Kong, Kirin Group Holdings Ltd, yang akan menyaksika­n syarikat itu menjadi pengatur utama untuk pelaburan tidak kurang daripada RM400 juta yang akan digunakan untuk membangunk­an kemudahan perkhidmat­an lain di bandar tersebut, kata Boo.

Sementara itu, Nazri berkata, projek itu merupakan produk pelanconga­n yang unik untuk negara dan akan menjadi pemangkin pertumbuha­n industri pelanconga­n.

Menurutnya, Malaysia menerima 17.34 juta pelancong antara Januari dan Jun 2017, iaitu peningkata­n 1.8 peratus dan menyumbang RM31.8 bilion kepada pendapatan negara.

Projek mercu tanda itu akan membantu menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan, katanya.

Nazri berkata, Encore Melaka dijangka menarik kira-kira 1.2 juta pelancong setahun serta menjana RM179 juta kepada pendapatan negara kasar.

“Malaysia dijangka menarik kira-kira tiga juta pelancong China tahun ini dan kita berusaha menarik kira-kira lima juta semasa Tahun Melawat Malaysia pada 2020,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia