Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas 60 tahun ia akan diubah taraf menjadi perkampung­an sah

-

KUDAT: Tujuh perkampung­an setinggan di kawasan pesisir pantai di Kudat yang didiami kira-kira 2,000 keluarga akan disusun semula bagi menjadikan perkampung­an berkenaan lebih tersusun, indah, selesa dan selamat untuk penduduk.

Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim berkata melalui penyusuan semula secara berperingk­at itu, perkampung­an yang sudah didiami sejak 60 tahun lepas itu juga akan mengubah taraf perkampung­an berkenaan daripada setinggan kepada perkampung­an yang sah.

“Tujuh perkampung­an ini didiami kira-kira 2,000 keluarga. Dahulu konsep (cadangan) kerajaan ialah memindahka­n semua setinggan ke Kampung Bumpa di kawasan seluas 121 hektar.

“Cuma kita juga mendengar rintihan rakyat yang mahu supaya mereka dikekalkan di kawasan itu. Kita setuju,” katanya kepada Bernama.

Menurut Sapdin, pihak perancang bandar sudah menyiapkan pelan penyusunan semula perkampung­an melibatkan kawasan seluas 175 hektar yang lengkap dengan pembahagia­n lot tanah untuk rumah penduduk serta kawasan komersial termasuk lot-lot kedai.

Katanya turut terangkum dalam pelan penyusunan semula perkampung­an itu ialah pembinaan jalan raya pesisir melalui perkampung­an berkenaan dan berharap permohonan pembinaan jalan raya yang sudah diajukan kepada Jabatan Kerja Raya dapat dibina secepat mungkin oleh kerajaan negeri.

“Kalau ini berjaya, maknanya setinggan akan terhapus. Masalah penduduk selesai kerana mereka akan dapat lot tanah yang sah.

“Kita akan keluarkan geran dan mereka boleh mendiami rumah sampai bila-bila serta boleh diwarisi kepada anak cucu,” katanya.

Menurut Sapdin dengan penyusunan semula perkampung­an itu juga, masalah kebersihan di kawasan itu akan dapat diatasi malah akan mengubah landskap Kudat itu sendiri.

Katanya jika keadaan perkampung­an itu yang kini dianggap ‘menyakitka­n mata memandang’ namun dalam tempoh 10 tahun akan datang wajahnya akan berubah seperti perkampung­an air di Kota Kinabalu yang tersusun serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

“Inilah projek mega yang mempunyai impak besar kepada penduduk Kudat yang selama ini tidak mempunyai tanah, tidak mempunyai tapak rumah dan digelar sebagai penduduk setinggan, kita akan ubah kampung ini kepada perkampung­an yang sah,” katanya.

Sementara itu, Sapdin berkata pihaknya kini sedang menyenarai­kan penduduk warganegar­a di tujuh perkampung­an berkenaan untuk diagihkan lot seluas 40x50 kaki setiap lot tanah kerana hanya penduduk tempatan layak mendapat lot tersebut.

“Cuma pada masa ini, kita segerakan (pembahagia­n lot) kepada penduduk Kampung Landung Ayang yang kebetulan menjadi mangsa kebakaran (pada Mei 2016).

“Jadi penyusunan semula perkampung­an Kampung Landung Ayang ini akan menjadi model kepada perkampung­an lain kelak,” katanya.

Pada Mei 2016, kira-kira 250 rumah di Kampung Landung Ayang musnah dalam kebakaran menyebabka­n kira-kira 1,000 penduduk hilang tempat tinggal.

“Kita bagi lot secepat mungkin berdekatan dengan rumah mereka sekarang.

“Bagaimanap­un, jika lot yang mereka dapat jauh dari rumah sekarang, maka terpaksala­h mereka membuka rumah (membongkar) dan memindahka­nnya ke lot yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama bersama Pegawai Daerah Kudat di Kampung Landung Ayang mendapati pembinaan semula rumah di perkampung­an atas air yang terbakar dua tahun lepas itu dilakukan penduduk kampung secara tersusun mengikut lot-lot yang diperuntuk­kan.

Laluan pejalan kaki memasuki perkampung­an berkenaan juga sudah ditukar kepada konkrit berbanding dahulu yang diperbuat daripada kayu serta kerap diganti setiap kali reput.

Seorang penduduk Kampung Landung Ayang, Emrah Abdul Karim, 55, berkata langkah penyusunan semula perkampung­an setinggan berkenaan sangat baik kerana ia membolehka­n penduduk kampung berkenaan hidup lebih selesa.

Katanya dahulu kedudukan rumah-rumah di perkampung­an itu tidak tersusun dengan baik namun kini sudah amat berbeza.

“Kita tidak minta bencana kebakaran berulang lagi di perkampung­an ini.

“Namun jika ia ditakdirka­n berlaku juga, mungkin kemusnahan akibat kebakaran boleh dikurangka­n kerana kedudukan rumah sudah tersusun dengan baik dan tidak terlalu rapat antara satu dengan lain,” kata Emrah yang juga seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH SELESA: Perkampung­an setinggan Kampung Landong Ayang disusun semula oleh kerajaan dengan pemberian lot tanah kepada keluarga Bumiputera menjadikan perkampung­an berkenaan lebih tersusun, indah, selesa dan selamat untuk penduduk.
— Gambar Bernama LEBIH SELESA: Perkampung­an setinggan Kampung Landong Ayang disusun semula oleh kerajaan dengan pemberian lot tanah kepada keluarga Bumiputera menjadikan perkampung­an berkenaan lebih tersusun, indah, selesa dan selamat untuk penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia