Utusan Borneo (Sarawak)

Pulihara Laluan Chimney Labuan tanggungja­wab semua

-

LABUAN: Tugas memelihara dan memulihara khazanah negara termasuk Laluan Chimney Labuan adalah tanggungja­wab semua pihak.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata, orang ramai yang sering melalui Laluan Chimney untuk beriadah dan melakukan aktiviti sukan lasak juga bertanggun­gjawab menjaga khazanah itu.

“Kita semua perlu bersamasam­a menjaga dan memelihara serta memulihara Laluan Chimney Labuan agar ia terus menjadi kebanggaan warga Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena program Jiwa Murni membersihk­an Laluan Chimney, Tanjung Kubong, Kampung Lubok Temiang.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Labuan berharap usaha murni semua pihak itu akan terus diadakan bagi memastikan kebersihan dan keselamata­n Laluan Chimney itu sentiasa terpelihar­a.

“Menerusi program itu, kita dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im antara anggota tentera dan masyarakat Labuan khususnya penduduk Kampung Lubok Temiang,” katanya.

Program itu mendapat kerjas- ama daripada anggota 51 Komposit, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Lubok Temiang dan Jabatan Muzium Labuan.

Turut membantu ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubok Temiang, Kementeria­n Pelanconga­n (MOTAC) dan Persatuan Pencinta Sejarah dan Khazanah Labuan (PERSADA).

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Kompeni 51 Komposit, Tentera Darat Mejar Rosli Daud, Pengarah Penyiaran Labuan Rohani Harithuddi­n dan Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad serta Pengerusi Persada Labuan Wahidah Abdullah.

Sementara itu, Wahidah yang juga pengerusi penganjur berharap dengan terjaganya kawasan itu, pihaknya berhasrat menganjurk­an aktiviti yang dapat memperkena­lkan lagi Laluan Chimney bukan sahaja kepada pelancong tetapi juga pencinta sejarah dari dalam dan luar negara.

“Kami akan berusaha menjadikan kawasan ini sebagai kawasan tumpuan aktiivi riadah dan sukan lasak sekaligus menarik lebih ramai pengunjung terutama pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia