Utusan Borneo (Sarawak)

PESARA mohon bangunan, tanah sendiri

-

KUCHING: Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PESARA) berhasrat untuk memiliki bangunan dan tanah sendiri bagi kegunaan ahli-ahlinya, berbanding terus menggunaka­n tapak sementara sejak 10 tahun lalu.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PESARA) Julaihi Ismail berharap kerajaan negeri dapat memberikan bangunan yang dijadikan pejabat sementara persatuan itu di Jalan Resevoir sebagai milik tetap.

Menurutnya, bangunan sementara itu dipinjamka­n kerajaan negeri kepada persatuan terbabit sejak 10 tahun lalu.

“Justeru saya menaruh harapan tinggi agar kerajaan negeri dapat mempertimb­ang permohonan ini bagi memudahkan pelaksanaa­n aktiviti oleh ahliahli kami,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Julaihi juga memohon sebidang tanah daripada kerajaan negeri untuk memudahkan persatuan itu merancang pembanguna­nnya sendiri.

“Pada masa sama, saya juga berharap kerajaan akan memberikan Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak geran tahunan seperti persatuan berdaftar lain di negeri ini,” katanya.

Julaihi berkata, sejak penubuhan PESARA pada 1971, persatuan itu menerima dana yang tidak tetap, kebanyakan­nya sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen tempatan.

Katanya, persatuan itu mempunyai 7,800 ahli berdaftar dan telah menubuhkan 15 unit perhubunga­n di beberapa daerah dan bahagian di seluruh negeri.

“Melihat kepada jumlah ahli ini, kami mohon supaya kerajaan negeri dapat menunaikan hasrat kami dalam merencana dan melaksanak­an aktivti persatuan bagi ahli-ahli kami,” katanya.

 ??  ?? UNTUK FOTO: Ahli Pesara merakamkan kenangan bersama Abang Johari semasa membuat kunjungan hormat di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
UNTUK FOTO: Ahli Pesara merakamkan kenangan bersama Abang Johari semasa membuat kunjungan hormat di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia