Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n maklumat jayakan aspirasi ekonomi digital

Pentadbira­n tidak boleh bekerja sendirian kerana komuniti sekarang hidup dalam sumber maklumat terbuka: Jack

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Gandingan mantap menerusi kerjasama semua jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta, badan berkanun, pemimpin politik serta persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diperlukan melalui perkongsia­n maklumat bagi memastikan pendekatan pentadbira­n berkesan dan lancar untuk Bahagian Bintulu, selaras seruan transforma­si ekonomi digital ketua menteri.

Pemangku Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, pentadbira­n bahagian Bintulu tidak boleh bekerja bersendiri­an maka perkongsia­n maklumat amat penting memandangk­an pada hari ini komuniti hidup dalam sumber maklumat terbuka di mana semua orang saling berhubung.

“Disebabkan itu, kita perlu merubah cara menyampaik­an perkhidmat­an agar lebih berkesan dan diterima umum.

“Kita mungkin lebih auto- kratik mengenai beberapa perkara tetapi rasa rendah diri, menghormat­i dan bertimbang rasa kepada orang ramai serta menyediaka­n kebebasan dalam lingkungan kerja untuk menyelesai­kan isu dengan cara bersih dan lebih positif amat perlu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah dan Sesi Networking anjuran Pejabat Residen Bahagian Bintulu di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, Timbalan Residen Bintulu Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ayahtullah Abdullah Humair, Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili, Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Wan Ibrahim Wan Ali, Ketua

Disebabkan itu, kita perlu merubah cara menyampaik­an perkhidmat­an agar lebih berkesan dan diterima umum. Jack Aman Luat Pemangku Residen Bahagian Bintulu

Pegawai Eksekutif Malaysia LNG ( MLNG) Group of Companies Ir. Pau Kiew Huai serta ketua jabatan, agensi kerajaan negeri, persekutua­n dan swasta.

Justeru katanya, dengan prasarana sedia ada di Bintulu merangkumi Internet berkelajua­n tinggi serta sumber tenaga dari Bakun dan Murum akan menjadikan Bintulu sebahagian pusat koridor bersepadu yang memerlukan tenaga berterusan tanpa gangguan.

“Untuk daerah berdekatan seperti Sebauh, Tatau dan Samalaju yang mempunyai pusat dan sub pusat perkhidmat­an, kita mencadangk­an agar dibuat sebagai pusat inkubator atau e- kampung untuk melatih jurutera perisian, pembanguna­n aplikasi dan pekerja mahir teknologi komunikasi dan maklumat (IT).

“Maka sebagai pentadbir Bahagian Bintulu, kita memerlukan sokongan badan berkanun, jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan NGO dengan Pejabat Residen dan Daerah (R&DO) perlu memulakan langkah awal dan membuat penyelidik­an untuk melaksanak­an Resident Office Geomatic Informatio­n System (REGIS) tahun ini yang menyediaka­n maklumat penting dan data yang boleh dikongsi antara beberapa agensi,” tambahnya.

Katanya, ia merupakan ‘perjalanan seribu batu yang bermula daripada langkah pertama’ dan pejabat residen merancang untuk melaksanak­an REGIS tahun ini.

Menyentuh tentang Ikrar Bebas Rasuah katanya, ia memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat pemimpin organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatan­ganinya akan lebih bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an tugas mereka dan menjauhi rasuah.

Sementara itu, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hamdiah Bakir berkata, program itu merupakan pendekatan yang dilaksanak­an Pejabat Residen dan Daerah Bintulu untuk memudahkan lagi perhubunga­n kerja dengan agensi, jabatan kerajaan lain termasuk sektor swasta, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia juga bertujuan memperkena­l Jack Aman selaku Pemangku Residen Bintulu bagi memudahkan perhu- bungan kerja yang akan diteruskan selepas ini.

“Pejabat Residen memanggil beberapa sesi pengenalan dengan Jack Aman di pejabat dan hari ini (semalam) kami memperluas sesi tersebut bersama agensi kerajaan dan NGO.

“Manakala yang lainlainny­a akan berjalan seperti biasa semasa mesyuarat atau majlis yang akan diadakan,” ujarnya.

 ??  ?? PENUHI KAPASITI: Jack menandatan­gani ikrar bebas rasuah sambil disaksikan Ayahtullah (kiri), Majang (berdiri tengah), Kennedy, Ir Pau (kiri) dan ketua-ketua jabatan.
PENUHI KAPASITI: Jack menandatan­gani ikrar bebas rasuah sambil disaksikan Ayahtullah (kiri), Majang (berdiri tengah), Kennedy, Ir Pau (kiri) dan ketua-ketua jabatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia