Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Meradong berhasil kurangkan kes jenayah

-

BINTANGOR: Hasil komitmen dan kerjasama semua pihak, kini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong telah berjaya menurunkan kadar jenayah kepada 30 hingga 40 kes setahun, berbanding 80 kes pada 2009.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong Deputi Superinten­den (DSP) Mohd Hafifi Salim, berdasarka­n jumlah tersebut, purata kes jenayah yang dicatatkan hanya tiga hingga empat kes sebulan.

“Dalam tempoh itu, kita juga berjaya meningkatk­an imej polis di mata masyarakat.

“Saya berharap semua anggota terus memberikan komitmen padu untuk mengekalka­n imej baik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Tugas KPD Meradong dan Pengerusi PERKEP IPD Meradong semalam.

Dalam majlis tersebut, Mohd Hafifi yang dinaikkan pangkat kepada Superinten­den (Supt) bakal menggalas tanggungja­wab sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Miri.

Mohd Hafifi mengetuai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong sejak sembilan tahun lalu.

Kekosongan tempat sebagai KPD akan diisi Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong Inspektor Sawandi Brahim yang dilantik sementara sebagai pemangku.

Dalam amanatnya, Mohd Hafifi mahu usaha membantera­s kegiatan penyalahgu­naan dadah di daerah itu diperkasak­an.

Inisiatif itu katanya, amat penting bagi memastikan gelaja berkenaan diperangi hingga ke peringkat akar umbi.

“Kita telah menerima ban- yak maklumat berhubung perkara ini.

“Saya mahu kita bertindak lebih tegas untuk mengawalny­a daripada terus berleluasa di daerah ini,” katanya.

Majlis serah tugas antara Sawandi dan Mohd Hafifi disaksikan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamata­n Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Shafie Ismail.

Turut berlangsun­g pada majlis tersebut upacara penyerahan tugas Pengerusi PERKEP Meradong Haliza Chong Abdullah dengan Nurazimah Abu Seman.

 ??  ?? JAWATAN BAHARU: Mohd Hafifi (kiri) melakukan upacara serah tugas kepada Sawandi (kanan) sambil disaksikan Shafie.
JAWATAN BAHARU: Mohd Hafifi (kiri) melakukan upacara serah tugas kepada Sawandi (kanan) sambil disaksikan Shafie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia