Utusan Borneo (Sarawak)

Projek terowong bawah laut Pulau Pinang diteruskan

-

GEORGE TOWN: Walaupun berdepan dengan siasatan salah laku atau rasuah oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan meneruskan pelaksanaa­n projek terowong bawah laut bagi menghubung­kan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah besar di Bagan Ajam.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu diambil kerana kontrak bagi pembinaann­ya adalah sah dan tender mengenainy­a diberi melalui persaingan terbuka.

“Melainkan kami diarah oleh mahkamah agar tidak meneruskan­nya...jika tidak, ia akan diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata projek itu bukan melibatkan pembinaan terowong sahaja tetapi juga tiga lebuh raya dan menurut beliau laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) mengenainy­a telah diperoleh.

Tender bagi pembinaan terowong bawah laut sepanjang 7.2 kilometer dan tiga lebuh raya itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (Zenith), yang mengandung­i beberapa syarikat.

Projek itu mencetuska­n beberapa kontrovers­i, termasuk kos kajian kemungkina­n yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri, yang mendorong beberapa individu membuat laporan kepada SPRM.

Lim berkata beliau mengarahka­n para pegawainya memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam proses penyiasata­n suruhanjay­a itu sejak 2016.

“Tiada apa yang hendak kami sembunyika­n, kami mengarahka­n para pegawai supaya memberi apa jua dokumen yang diperlukan dan semua jabatan akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Bagaimanap­un, Lim berkata pentadbira­nnya tidak mengetahui tentang serbuan SPRM kelmarin di mana dua individu bergelar ‘ Datuk’ direman hingga semalam.

Terdahulu, terdapat laporan bahawa dua pengarah bergelar ‘Datuk’ dikenakan perintah reman masing-masing oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya dan George Town semalam berhubung siasatan terhadap projek terowong bawah laut itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia