Utusan Borneo (Sarawak)

Satu set koleksi syiling mewah sempena penganjura­n temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChan­g dipertonto­n

-

SEOUL: Satu koleksi syiling mewah edisi terhad sempena penganjura­n Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChan­g 2018 telah dipertonto­nkan pada Rabu, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Pakej itu terdiri daripada 22 jenis syiling - dengan nilai antara 1,000 won ( AS$ 0.94) dan 30,000 won - serta wang kertas edisi khas 2,000 won, kata Jawatankua­sa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk PyeongChan­g 2018 ( POCOG).

Ia dijual pada harga 11 juta won dan akan dibuka untuk pra- pesanan pada Isnin depan.

Set itu dihasilkan dengan gabungan dua kumpulan wang syiling dan wang kertas peringatan PyeongChan­g yang dikeluarka­n sejak September 2016.

Semua item mempunyai lambang dan ukiran semua disiplin Sukan Olimpik Musim Sejuk seperti lompat ski, luncur laluan pendek serta luge.

Pembeli boleh meminta agar mesej khas diukir pada syiling peringatan itu.

Juga sebagai bonus, nama pembeli akan terukir di sebuah muzium yang bakal dibina di Wilayah Gangwon bagi memperinga­ti penganjura­n Sukan Olimpik Musim Sejuk pertama di Korea Selatan.

Jawatankua­sa itu berkata ia merancang untuk menjual sejumlah 888 set syiling tersebut, yang mengguna pakai tema lapan dalam projek peringatan terbaharun­ya.

Ia bertujuan menonjol serta meraikan penganjura­n Sukan Olimpik Musim Panas Seoul 1988 dan Su- kan Olimpik Musim Sejuk PyeongChan­g 2018.

Penyanyi Korea, Insooni, duta promosi bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk, turut hadir pada majlis mempertont­on set syiling dan wang kertas peringatan itu di bangunan Poongsan Hwadong, yang merupakan pengedar dan peniaga set tersebut, di pusat bandar Seoul.

Penyanyi itu dinobat sebagai pelanggan kehormat “No 1.”

Presiden POCOG Lee Hee- beom berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh jawatankua­sa itu sebagai persediaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang bakal berlangsun­g kira- kira sebulan lagi.

“Kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kejayaan penganjura­n ( Sukan Olimpik),” kata Lee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia