Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pegawai terlibat rasuah dipenjara dan denda

Bekas pegawai RELA, inspektor polis masing-masing mengaku bersalah tuduhan di bawah Akta SPRM

-

KUCHING: Seorang bekas pegawai RELA dari daerah Serian, dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM273,600 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan membuat tuntutan palsu enam tahun lalu.

Tertuduh Abdul Wali Fathir Mustapha, 29, mengaku bersalah terhadap tuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dia dibawa ke hadapan hakim Nixon Kennedy Kumbong yang mengarahka­nnya untuk menjalani hukuman penjara tambahan lapan bulan jika gagal membayar denda.

Hukuman penjaranya diarah berkuat kuasa serta merta selepas hukuman dijatuhkan.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di ibu pejabat RELA Negeri pada 3 Mei, 2012 dengan memperdaya­kan seorang pegawai kewangan untuk membuat tuntutan palsu berjumlah RM54,720.

Dia membuat tuntutan elaun bagi ‘Pengakuan Kehadiran Anggota RELA Yang Bertugas Bagi Peti Undi’ untuk daerah Serian pada April 2012 yang mengandung­i maklumat palsu 190 anggota RELA telah bertugas, sedangkan perkara tersebut tidak benar.

Abdul Wali merayu hukuman ringan kerana dia kini menganggur dan merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluargany­a yang mempunyai anak kecil.

Defendan yang tidak diwakili peguam memberitah­u mahkamah ini adalah kesalahan pertamanya, malah dia sudah menyesal dan ingin berubah.

Pegawai SPRM Dzulkarnai­n Roufan Hasbi selaku pegawai pendakwa kes, meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman lebih berat memandangk­an ia melibatkan jumlah tuntutan yang amat tinggi.

Menurutnya, kepentinga­n awam harus diambil kira dan kesalahan untuk memuaskan diri sendiri itu adalah satu jenayah yang serius.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang inspektor polis dihukum penjara 20 hari dan denda RM25,000 atau hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda kerana menerima habuan RM5,000 daripada seorang wanita tiga tahun lalu.

Azrul Izman Shadan, 35, mengaku bersalah meminta wang tersebut sebagai ganjaran untuk memulangka­n barangan kemas yang dirampas dalam serbuan pencegahan penyalahgu­naan dadah di sebuah bilik hotel di Sibu, sekitar jam 4 petang pada 13 Mac, 2015.

Dia disabit kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Azrul yang bekerja dalam Jabatan Anti Narkotik mulanya mengaku tidak bersalah ketika didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Sesyen Sibu pada 5 September tahun lepas.

Dia diwakili peguam bela Fadzillah Osman.

 ??  ?? TERIMA HUKUMAN: Azrul dibawa keluar dari mahkamah oleh pegawai SPRM.
TERIMA HUKUMAN: Azrul dibawa keluar dari mahkamah oleh pegawai SPRM.
 ??  ?? PENYESALAN: Abdul Wali diiringi pegawai SPRM selepas hukuman dijatuhkan.
PENYESALAN: Abdul Wali diiringi pegawai SPRM selepas hukuman dijatuhkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia