Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita kerugian RM3,000 ditipu dua lelaki

-

LIMBANG: Mengelak daripada dipenjarak­an, seorang wanita mengalami kerugian RM3,000 ditipu dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat koperal dan inspektor dalam kejadian awal bulan ini.

Mangsa, 44, yang bekerja sebagai pekerja rendah di sebuah institusi kewangan, dihubungi seorang lelaki menyamar sebagai koperal polis memberitah­u mangsa terlibat satu kemalangan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 3 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, pada hari yang sama mendakwa dihubungka­n dengan IPD Kuala Lumpur dan bercakap dengan seseorang yang memperkena­lkan diri ’Inspektor Koh’.

“Suspek memberitah­u mangsa mempunyai 20 akaun BSN wang simpanan berjumlah RM21.8 juta.

“Suspek meminta wang RM3,000 daripada diambil tindakan dan dipenjarak­an,” katanya kepada media semalam.

Mangsa buat pindahan wang RM3,000 melalui mesin ATM sebelum menyedari tertipu dan buat laporan untuk siasatan pihak polis pagi kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohd Bukhori menasihati orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan sindiket penipuan, sebaliknya merujuk ke balai polis berhampira­n sekiranya berdepan kes sedemikian.

Katanya lagi, meskipun sindiket penipuan dipaparkan dalam media elektronik dan media cetak, masih ramai mudah tertipu dan terperdaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia