Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kehilangan seorang lagi tokoh pemimpin hebat

Ujang memberi sumbangan besar dalam mengukuhka­n kerajaan negeri dan memastikan kestabilan Sarawak: Abg Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kehilangan seorang lagi tokoh pemimpin hebat apabila Tan Sri Celestine Ujang Jilan meninggal dunia malam kelmarin.

“Tan Sri bukan hanya pemimpin malah kawan dan rakan sekerja yang telah menjadikan Sarawak hari ini bersama-sama pemimpin.

“Beliau memainkan peranan mempertaja­mkan kerajaan negeri dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam krisis yang dihadapi pada 1987.

“Beliau banyak menyumbang kepada kestabilan Sarawak terutamany­a selepas 1987,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di kediamanny­a di Jalan Urat Mata dekat sini, semalam.

Abang Johari berkata, Ujang mula menceburi politik pada usia muda dan menjadi ahli kabinet negeri pada 1974 dan memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, sebelum menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kembali dalam kabinet negeri.

“Sebagai Ketua Pemuda PBB ketika itu, saya dan Datuk Amar Daouglas Uggah (Embas) bekerja di bawah beliau.

“Banyak perkara yang kami pelajari daripada beliau dan seterusnya parti mempunyai ramai pemimpin muda berkaliber selepas itu,” katanya sambil menambah PBB sangat bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti Ujang.

Abang Johari yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan Presiden PBB berkata, Ujang orang yang berperanan menyatukan PBB apabila secara sukarela membantu rakan- rakan lain dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menyertai kerajaan dengan melepaskan jawatan dalam kabinet yang dipegangny­a ketika itu.

“Beliau memberitah­u, ‘saya akan letak jawatan dan memberi laluan kepada rakan-rakan kita dalam BN untuk men- ubuhkan kerajaan yang sangat kukuh’.

“Itulah pengorbana­n mendiang yang sangat besar kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

“Tindakan beliau itu akhirnya membolehka­n PBDS menyertai kerajaan ketika itu.

“Dengan kata lain, beliau sanggup mengetepik­an kepentinga­n peribadi demi kestabilan kerajaan. Jadi hari ini kita kehilangan pemimpin yang hebat,” tambahnya lanjut.

Mengenai karektor mendiang, Abang Johari berkata, beliau seorang pemimpin yang adil dan tegas.

Mendiang katanya, sentiasa mementingk­an kesetiaan dan perpaduan serta mengutamak­an parti dan negeri berbanding kepentinga­n peribadiny­a.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri, mengucapka­n takziah kepada isteri mendiang Puan Sri Elizabeth Pawa serta anakanak beliau.

“Saya percaya sikap mendiang ada dalam anak-anak beliau untuk terus berkhidmat kepada negeri dan rakyat,” katanya.

Hadir memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan menteri-menteri kabinet negeri yang lain.

Ujang meninggal dunia kirakira jam 7.40 malam Rabu lepas di sebuah hospital swasta kerana sakit yang lama ditanggung­nya selama ini.

Mendiang, 71, meninggalk­an baluPuanSr­iElizabeth­Pawadan tiga anak perempuan — Malvina, Angelina dan Priscilla.

Ujang merupakan ADUN Kemena selepas memenangi kerusi itu sebagai calon Barisan Nasional (BN)pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1974 dan menjadi ADUN Kemena hingga 2001.

Mendiang memegang beberapa portfolio dalam Kabinet negeri iaitu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ( 1974- 1974), Menteri Perumahan (1980-1981)dan Menteri Pembanguna­n Tanah (1988-1994).

Selain itu, mendiang pernah menjadi Speaker DUN pada 1982 hingga 1987.

Sebelum menceburi politik pada 1974, mendiang berkhidmat sebagai pegawai tadbir dengan kerajaan negeri pada 1966 hingga 1973.

Mendiang pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum meninggalk­an dunia politik pada 2001.

Selepas itu mendiang menceburi bidang perniagaan dan menjadi Penasihat Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI).

Mendiang akan dikebumika­n Sabtu ini di Tanah Perkuburan Nirvana dekat sini.

“Dengan kata lain, beliau sanggup mengetepik­an kepentinga­n peribadi demi kestabilan kerajaan. Jadi hari ini kita ” kehilangan pemimpin yang hebat.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SATU KEHILANGAN BESAR: Abang Johari dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Celestine. Turut kelihatan Elizabeth (tiga kiri) serta anak-anak mendiang.
SATU KEHILANGAN BESAR: Abang Johari dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Celestine. Turut kelihatan Elizabeth (tiga kiri) serta anak-anak mendiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia