Utusan Borneo (Sarawak)

Demi perpaduan Sarawak, Ujang ketepi kepentinga­n peribadi: Uggah

-

KUCHING: Mendiang Tan Sri Celestine Ujang Jilan, 71, merupakan pemimpin veteran Sarawak yang banyak menyumbang kepada pembanguna­n komuniti Dayak di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mendiang juga banyak berjasa kepada Sarawak kerana sering mengetepik­an kepentinga­n peribadi demi parti (Pesaka Bumiputera Bersatu) dan kerajaan negeri.

“Komuniti Dayak telah kehilangan pemimpin yang sangat hebat, veteran yang banyak menyumbang bukan sahaja kepada Dayak malah Sarawak secara keseluruha­nnya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di kediaman mereka di Jalan Urat Mata dekat sini semalam.

Ujang meninggal dunia kirakira jam 7.40 malam Rabu lepas di sebuah hospital swasta kerana sakit.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, Ujang menyertai barisan kabinet negeri semenjak 1974 sebelum bersara pada 2001.

“Semasa bersama PBB puluhan tahun lalu, mendiang memainkan peranan penting dalam parti selaku Ketua Pemuda dan saya sangat bertuah kerana berpeluang berkhidmat di bawahnya.

“Saya dapat melihat dengan jelas ciri-ciri kepimpinan yang ada pada mendiang, seorang pemimpin yang komited membantu menyatukan komuniti Bumiputera,” katanya.

Menurut Uggah, atas usaha mendiang yang sanggup mengorbank­an kepentinga­n peribadi, komuniti Dayak bersatu bersama Bumiputera lain dan maju dalam arus pembanguna­n perdana.

Lebih-lebih ketika itu katanya, kemiskinan merupakan isu besar di Sarawak.

“Mendiang telah memain- kan peranan penting dengan mengatasi isu kemiskinan dalam kalangan komuniti luar bandar.

“Mendiang adalah mentor saya, kerana saya menyertai perjuangan beliau pada 1977 dan saya boleh melihat prinsip dipegangny­a iaitu ada keperluan dan kemestian untuk Bumiputera bersatu di bawah satu bumbung,” katanya.

Uggah berkata, hasilnya kaum Dayak dapat bersatu bersama komuniti lain untuk mencapai kejayaan yang di- impikan.

“Bagi mendiang, perkara paling penting ialah perpaduan, membina dan mengukuhka­n parti.

“Oleh sebab itu, pada 1987, isu ‘Ming Court’ terjadi di mana sebahagian ahli PBB beralih ke kumpulan lain, Tan Sri sebaliknya kekal setia dalam parti kerana percaya tidak akan ada parti yang boleh membawa Sarawak ke abad ke-21 melainkan PBB,” tegas beliau.

Berpegang kepada prinsip itu, mendiang bekerjasam­a dengan para pemimpin lain untuk menyokong Tun Pehin Sri Taib Mahmud, tambahnya.

Uggah berkata, mendiang juga memainkan peranan penting membentuk dasar kerajaan khususnya Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan pembanguna­n tanah ketika beliau menjadi Menteri Pembanguna­n Tanah ketika itu.

“Beliau memperkena­lkan formula usaha sama ( JV) antara sektor swasta dan pemilik tanah mengusahak­an tanah NCR,” jelas Uggah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia