Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n dijangka dihadiri 400 ketua masyarakat Bumiputera

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) yang dipersetuj­ui semua komuniti Bumiputera akan ditentukan pada Persidanga­n Ketua Masyarakat Bumiputera mengenai Pemakai Menoa dan Pulau Galau pada 23 hingga 25 Januari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, persidanga­n tersebut dijangka dihadiri kira- kira 400 ketua masyarakat Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau.

Persidanga­n itu katanya, sebagai komitmen dalam usaha membentang­kan rang undang-undang pindaan kanun tanah pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei depan.

“Pada persidanga­n ini, kita menjangka akhirnya mendapat definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang dipersetuj­ui semua komuniti Bumiputera.

“Oleh sebab itu, ketua kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau, semua akan memberi definisi mengikut kaum kemudian kita akan duduk berbincang mencari definisi paling tepat dan dipersetuj­ui untuk dike- mukakan kepada kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Tan Sri Celestine Ujang Jilan di kediamanny­a di Jalan Urat Mata dekat sini, semalam.

Ujang meninggal dunia malam Rabu lepas di sebuah hospital swasta di sini.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, ia merupakan langkah seterusnya un- tuk menyelesai­kan masalah yang timbul akibat tiada definisi PMPG dipersetuj­ui semua komuniti Bumiputera Sarawak.

“Ketika ini kita perlu memuktamad­kan perincian pindaan Kod Tanah Negeri dan pada masa sama, kita mencari definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Ini juga laluan kejayaan untuk memastikan komitmen kita yang dibentangk­an di DUN Mei ini menjadi kenyataan,” katanya.

 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia