Utusan Borneo (Sarawak)

MKM Zon Sarawak rancang lebih 59 program tahun ini

-

LUNDU: Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Sarawak merancang lebih daripada 59 program untuk diadakan sepanjang tahun ini khusus untuk warga koperator di negeri ini.

Pengarah MKM Zon Sarawak Siti Maimumah Jerni berkata program ini melibatkan kursus wajib, kursus berhasilan tinggi, kursus teknikal, bicara ilmu dan juga seminar.

“Terdapat sebanyak 1,039 koperasi di Sarawak dengan anggota namun daripada jumlah ini hanya lebih 600 koperasi yang menghadiri kursus bersama MKM.

“Sehubungan itu, kami di MKM berharap warga koperator akan memanfaatk­an peluang daripada kursus- kursus yang disediakan oleh pihak maktab yang direka khas untuk koperator,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) anjuran maktab tersebut di Dewan Masyarakat Lundu di sini semalam.

Bercakap mengenai program latihan tersebut, ia diadakan khusus untuk warga koperator dalam Parlimen Santubong khususnya dari daerah ini termasuk dari Bau.

Program latihan ini memberi penekanan kepada sektor pelanconga­n bertepatan dengan potensi besar sektor ini di daerah ini yang terkenal dengan keindahan pantai serta hasil laut.

Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan khasnya berkenaan keistimewa­an berkoperas­i, hak dan tanggungja­wab sebagai anggota koperasi dan pengenalan kepada hak-hak pengguna.

Program ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan peluang dalam sektor pelanconga­n dalam gerakan koperasi di Sarawak.

Program tersebut dibahagika­n kepada empat sesi, bermula dengan taklimat LMIK dan Program Latihan MKM 2018 diikuti dengan sesi kedua iaitu Peranan Angkasa dalam Pengukuhan Ekonomi Gerakan Koperasi.

Pada sesi ketiga pula, peserta program didedahkan dengan Perniagaan Homestay dan Ekopelanco­ngan di Sarawak serta sesi keempat iaitu Komuniti Rafflesia Berasaskan Ekopelanco­ngan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia