Utusan Borneo (Sarawak)

Polis harus pantau budaya lepak belia di LTAK, kata Voon

-

KUCHING: Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat Voon Shiak Ni menyeru kepada pihak polis untuk memantau budaya lepak membabitka­n golongan belia yang semakin menjadijad­i di sekitar Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK).

Menurut beliau, terdapat sekumpulan anak muda khususnya sering dilihat melepak di tepi jalan di LTAK terutama pada waktu malam.

“Malah apabila hampir tengah malam, masih kelihatan mereka berkumpul dan duduk di tepi jalan aras atas LTAK, dan sesetengah daripada mereka bermain motosikal.

“Ini sudah berlaku agak lama dan kami khuatir perkara ini akan membawa kepada isu sosial jika tidak dipantau dan dikawal,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Negeri di sini, semalam.

Voon menambah budaya itu juga boleh menimbulka­n ketakutan kalangan orang ramai khususnya penumpang untuk berada di sekitar LTAK, di mana mereka bimbang akan menjadi mangsa jenayah jalanan seperti ragut.

“Kita amat serius menjaga imej lapangan terbang kita kerana ini adalah tempat pertama yang akan dilihat pelancong tetapi dengan kehadiran kumpulan lepak ini, mereka telah mengotorka­n sekitar lapangan terbang dengan tin minuman, plastik dan sebagainya,” katanya.

Justeru beliau menegaskan polis perlu memandang serius isu ini dan menghentik­an budaya lepak tersebut bagi menjaga imej LTAK serta menjamin keselamata­n orang ramai dan pelancong.

 ??  ?? VOON
VOON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia